Thursday, September 11, 2008

pendek II

Ini Ramadan. Kisahnya tidak semanis tahun lepas. Semalam sahabat saya di talian mengiakan. Pendapat yang senada. Saya mengangguk2.
Saya memang mahu menulis panjang2 tentang pengalaman sepanjang beberapa bulan ini, mahu meletakkan satu2 situasi secara terperinci, tetapi kemudian saya mengecilkan kepentingan bercerita seperti ini.
Pertama, kerana saya sendiri belum tahu apa yang mahu saya fokuskan, kedua kerana saya sendiri sudah kehilangan kata-kata bila menaip di sini.
Ini satu sudut yang begitu jauh untuk digambarkan dengan perkataan. Pengalaman seperti ini, mengajar, menjadi lampu yang menerangi sudut gelap yang tidak tersuluh sebelum ini. Potensi manusia boleh di satu sudut mengagumkan dan di satu sudut lain, memang grotesque. Ya, grotesque itu perkataan sesuai.
Saya sedang mengira dan mengukur sesuatu. Berpergian lagi.
Salam Ramadan.

No comments: