Wednesday, November 28, 2007

Monday, November 19, 2007

catatan berpindah II

petang III
Owh, jangan hadiahkan saya novel cinta. Saya tak betah membacanya. Jauh dari hati, jauh dari minat.
November 16, 2007 Permalink Comments (0)

petang II
Berpagi di kuala lumpur begini bukan kesukaan saya. Pukul 4 saya sekonyong-konyong ke rumah kecil. Panggilan alam dan ya, saya dilanda angin kewanitaan yang saya kira serius juga. Pukul 4 pagi saya sudah tidak lena tidur, belakang saya terdera dengan lantai yang maha sejuk. Pagi-pagi saya terbayang mak. Saya terbayang macam-macam. Saya membetulkan mafela di depan cermin, tersenyum mengenangkan abang menegur tidak puas hati kenapa saya menyokong LIverpool? Saya sungguh tak betah sejuk-sejuk begini. Dari pagi santak ke petang saya memang tidak sudi menanggalkan stokin merah dan baju panas saya. Jadi macam insan baru lepas bersalin, berbalut dari atas sampai bawah. Tak ada kompromi. Dalam hati saya berfikir, dunia ini pun maha sementara. Nak heran apa dengan perkara-perkara hidup mati? Ah, saya merepek lagi..
November 14, 2007 Permalink Comments (0)

petang
Saya berlari dalam hujan rintik memegang sebotol Pepsi dengan tergesa-gesa. Ada mata yang memerhatikan, saya tak ambil peduli. Min sedang menjinjit baldi, bertanyakan saya tentang kamera di tangan. Dia tahu tadinya saya mengejar awan. Awan senja.
Saya unjukkan gambar dia memuji cantik. Dulunya dia menggelar saya insan seni. Saya tak mengiakan, sebab saya tidak fikir begitu. Merakam itu kegemaran tiba-tiba saya, barangkali takkan kekal pun sampai seratus tahun. Itu pun kalau saya hidup seratus tahun?
Bilik bersepah memang tradisi saya pada hari bekerja. Saya bukan nicis sangat tentang hal-hal seperti itu, memang betul mak melabel saya malas. Saya takkan membantah sampai kiamat. Ajaibnya dalam kelam-kabut itulah saya mudah menemukan apa yang saya mahu. Jadi rasionalnya, kalau kekemasan itu untuk kemudahan mencari, saya tidak perlu itu untuk tujuan yang sama.
Katil saya sudah jadi saksi sehidup semalas selama 2 tahun ini. Timbunan buku atas almari itu pun satu saksi juga, walaupun agak kemas dari apa objek pun di dalam gua kecil saya. Sambil-sambil melihat gambar, saya senyum dan ketawa sendiri. Ada rasa rindu pada insan-insan yang ada dalam gambar-gambar tersebut. Mereka saksi saya juga, catatan bergerak hidup saya kerana dalam hidup mereka saya pernah dan masih wujud, ketawa dan menangis.
Warna hidup saya.
Pagi tadi saya teringat menerima pesanan ringkas dari nombor yang tidak saya kenali. Saya memang kurang mesra. Apalagi pada pengantar-pengantar seperti itu. Tapi pagi tadi saya rajin bertanya. Rupanya kawan lama. Sudah berkahwin. Saya teringat beberapa tahun lepas, saya bertemu dengannya di dalam bas ke KL, siap siaga berkursus kahwin. Jadi congaknya tentulah dia sudah berkahwin kini dan tekaan saya memang betul. Itu pun jawapannya dalam mesej berikutnya.
Mesej seterusnya saya mula membalas dengan bermalas-malas kerana dia mula bertanyakan hal sensitif dalam hidup saya. Tapi ya, saya ini Melayu juga. Berbasa-basi meski pertanyaan yang diajukan itu pun sudah sedia maklum saya benci untuk menjawabnya.
Dia menasihatkan saya. Jangan jadi pahit tapi dalam bahasa yang lebih lembut. Memang sebenarnya dia kawan saya yang baik hati. Tapi seperti biasa pertanyaan yang tidak sedia kita jawab akan jadi begitu kelat rasanya bila ditanya dengan apa cara sekali pun.
Maghrib tua baru saya keluar dari gua. Min sudah pun mandi. Tadinya air bercebur itu tentu dia. Memang tabiat saya bersuluk dalam gua ini, cuma keluar untuk menjerang air, mandi, berwuduk dan sekali-sekali menonton tv dengan Min. Min seingat saya memang kaki tv. Pulang kerja, terperuk di depan mesin empat segi itu, menonton telenovela yang tak putus-putus dan bersambung-sambung.
Berlainan dengan saya, suka menjeruk dalam gua, berbaring dan berangan. Memasang awan biru besar, mahu jadi jutawan, mahu jadi angkasawan (ini bukan sebab Muszaphar ya?) , mahu jadi apa dengan hidup saya ni. Atau mengulang baca buku-buku yang saya minat, tanpa jemu-jemu sampaikan kadang-kadang saya perasan saya sudah begitu larut dalam bahasa pengarang buku-buku tersebut. (OWH PERASANNYA SAYA)
Duduk bersandar katil, sepanjang Maghrib saya membelek Al-Quran. Bacaan dengan nada sederhana laju. Sejak akhir-akhir ini, baru saya perasaan gopoh ketika membaca juga berpadah bagi saya. Kepala saya sakit. Jadi saya membaca lambat-lambat mengingat dalam hati betapa berdosanya gopoh dan melanggar sana-sini tajwid dengan sengaja.
Al-Quran ini teman juga. Dan selalu pula bercerita. Saya meneliti beberapa ayat yang menarik perhatian saya, membaca makna, mengaitkan dengan pengalaman, dengan itu (ini juga pengalaman baru walaupun saya sudah tahu lama tentangnya) saya menjadi lebih tenang. Betullah kata orang, tahu itupun tidak sama dengan merasai. 17 tahun diajar tentang sesuatu, melakukannya tentulah memberi efek yang sama sekali berlainan.
Saya ini nostalgik. Dari satu detik ke detik lain dalam sehari ada saja siaran langsung tertunda tentang hal-hal yang bertitle ‘were’. Saya menimbang-nimbang kenangan, senyum sendiri, kadang-kadang bercakap sendiri. Dalam telefon tangan saya masih ada nama-nama yang sudah 3-4 tahun saya tidak dengar lagi berita mereka.
Pasang surut bersahabat itu perkara biasa. Saya sebagai insan biasa perlu menerima. Kalau tidak pun, apalah yang boleh saya lakukan. Saya juga mengalami situasi yang sama. Sahabat sekolej, sebilik, semeja makan, segelas sirap, tiba masa akan membawa haluan masing-masing. Kerana hidup ini pun perubahan.
Kesibukan kerja dan jarak merenggangkan. Status juga. Komitmen juga. Penyakit juga. Sahabat saya, Amin (bukan nama sebenar) beberapa bulan ke belakangan ini, terus senyap dari hidup saya. Sakit biasa yang luar biasa sakit merenggut Amin sejak pertengahan tahun membentang satu dimensi baru dalam hidup rakan-rakan yang mengelilinginya termasuk saya.
Kisah Amin kisah sedih. Kisah pahit. Kisah ketabahan. Kisah kasih-sayang ibu. Kisah pengkhianatan. Saya belajar banyak darinya. Secara senyap-senyap. Dalam solat saya memohon kesihatannya dikembalikan. Tuhan yang memberi, Tuhan juga yang boleh mengambil kembali, menyembuhkan, mengamankan seseorang dari penyakit

catatan berpindah*

sesat di Kuala Lumpur
Saya sesat. Kalau si A tahu pasti dia gelak berguling. Lima tahun di KL bukan jaminan saya ingat segala. Apa lagi jalan KL ni bukannya boleh diharap sangat, sekejap aja sudah ada lane baru yang membawa entah ke mana-mana. Saya sesat. Dengan seorang lagi kawan yang juga dah bertahun duduk di KL. Dia ketawa-ketawa sahaja, saya rasa untuk menyembunyikan malu. Saya tanpa segan mengulang-ngulang di dalam kereta, sesat di Kuala Lumpur, dosa pahala bercampur, tapi kita perlu hidup, kita semua terus hidup.. owh, yeah.. kawan saya yang malu-malu, terkesip-kesip, menyanyi lagu pasar malam yang maha mengarut, saya tergelak kerana saya tak pernah menyangka dia punya suara yang bagus. Selalunya dia malu-malu aja hendak buat perkara yang 'kurang empuk' semacam itu. Dari kecil saya kenali dia sebagai manusia yang maha baik walau pun pelik. Saya teman bermain yang nakal, kalau geram saya akan menggigit lawan saya sampai berbekam dan menangis. Kawan saya yang seorang ini pon begitu juga. Cuma dia tak melawan, dia selalu menganggap saya sebagai adiknya. Masa berlalu, dia pindah dari kampung, saya sendiri kehilangan kawan. Selalu saya boleh bermain superman2, terbang2, men beskal x ingat dunia sampai kene rotan, tapi bila diingat kembali semua tu memang seronok! Menjelang dewasa, dia pindah semula ke belakang umah saya, tapi waktu itu, dia sudah malu-malu, maklumlah sudah remaja, dan dia pula lelaki. Saya pun tidak ada hati menegur kawan lama yang malu-malu, tak masuk akal buat dia panjat pokok rambutan depan rumah hanya kerana saya menegur. Tapi, aritu dia dtg melawat emak, saya terus mengajaknya keluar makan. Dia tidak lagi malu-malu. Tahun depan sudah mahu berkahwin dengan gadis pilihan, saya bertanya tarikh, dia tidak memberi jawapan pasti. Sekarang, nak kawen pon susah.


karut, mengarut, karutan
Saya sudah biasa dengan keadaan semalam sepatutnya. Seharusnya pun saya sudah menjangkakannya. Siapa kata usia mendewasakan? Bagi saya kita hanya akan dewasa kalau bijak mengutip pengalaman menjelang kedewasaan. Jangan lupa juga tarbiyyah yang baik memberi end-product yang sama sekali berlainan daripada didikan yang serba tidak matang dan carca marba. Saya akui saya muda. Tapi itu tidak bermakna saya harus menerima sahaja apa-apa yang tidak masuk akal unjuran orang yang lebih 'makan' garam daripada saya. Saya bukan penurut. Perkataan 'degil', 'kurang hormat' atau 'kurang ajar', wahai orang tua dan senior, sebaiknya kalian mengurangkan penggunaan perkataan-perkataan di atas jika benar ikhlas mahu melentur rebung. Apalah salahnya, duduk berbincang, berbaik bahasa dalam menasihati dan memberi teladan? Orang muda juga manusia. Maka mereka juga punya perasaan. Bukan setakat itu, mereka juga punya akal. Jika kalian punya pengalaman pandulah akal mereka dengan baik. Jika mereka punya idea yang baik, walaupun pelik, pertimbangkan dengan baik. Jangan mudah menidakkan hanya kerana usia mereka.

Selamat Hari Lahir, Mak


Mak, bukalah mata. Cepatlah sembuh. Selamat Hari Lahir ke-57. Saya sayang Mak.

Sunday, November 18, 2007

Drops of Jupiter

lagu pujuk hati sendiri:

Now that his back in the atmosphere
With drops of Jupiter in his hair, hey, hey
He acts like summer and walks like rain
Reminds me that there's time to change, hey, hey
Since the return from his stay on the moon
He listens like Spring and he talks like June, hey, hey
Tell me did you sail across the sun
Did you make it to the Milky Way to see the lights all faded
And that heaven is overrated
Tell me, did you fall for a shooting star
One without a permanent scar
And did you miss me while you were looking for yourself out there