Thursday, June 5, 2008

gas panic

Semalam saya mula rasa lapar lalu memaksa kaki keluar rumah untuk 'berburu'. Waktu sudah menunjukkan pukul 7 malam, dan itulah pertama kali saya lihat stesen minyak begitu sesak mengalahkan malam-malam musim perayaan. Bersusun-susun kereta singgah di stesen minyak, mengejar harga lama petrol yang bakal mansuh menjelang tengah malam.
Menjengah masuk ke dalam kedai mesra, kerani di kaunter sudah senyum2 mengira duit. Di luar, pemandu2 menunggu dengan muka pelbagai rasa. Masing2 saya rasa sudah menjangka bermacam hal untuk 2-3 minggu ke depan. Harga barang bakal naik lagi, bagi yang berpendapatan rendah, ini seksa dunia yang paling dekat mahu menghantuk kepala mereka.
Ada yang sibuk menyuruh berjimat. Bagi saya, kalau pendapatan RM 1000 ke bawah sebulan dan punya tanggungan anak2 yang ramai, nasihat berjimat bukanlah untuk mereka. Hidup mereka memang sedia susah, tiada yang mewah2.
Kenaikan harga barang sebegini, bagi manusia yang bujang dan tidak punya tanggungan seperti saya tidaklah begitu menyeksakan. Gaji saya mencukupi untuk menyara hidup saya seorang. Tetapi bukan semua orang seperti kes saya. Subsidi yang dicadangkan itu pun belum dapat mengubat resah di hati rakyat Malaysia.
Jika ini berterusan, kemelesetan boleh berlaku. Pasaran dilambakkan dengan barangan walaupun pembelinya semakin berkurang. Pengguna yang punya kuasa beli yang kecil tentulah lebih berhati-hati dalam memilih apa yang perlu bagi mereka.
Berita buruk bagi syarikat-syarikat kecil yang rata-ratanya milik tempatan. Keadaan ekonomi akan memaksa syarikat kecil bersaing mempromosi barangan mereka dengan lebih gigih maklumlah lawan mereka syarikat multinasional. Yang tidak seronoknya, pertandingan seperti ini berat sebelah.
Betul-betul survival for the fittest. Modal kecil mahu melawan yang besar, jarang sangat yang boleh selamat dalam jangka masa panjang.
Ah, bicara ekonomi pulak saya! Maaf la ya?

No comments: