Wednesday, May 28, 2008

Terbalik

Topsy turvy. Pulang ke rumah emak semalam, ini saja perkataan yang melintas dalam kepala saya. Namun, lantaran letih, sampai sahaja ke rumah saya terus tergolek di dalam bilik hanya bangun untuk solat bukan di awal waktu.
Pukul 4 saya memberitahu kakak supaya jangan pulang dulu, keadaan rumah tidak mengizinkan. Kalau pulang juga bakal sakit kepala. Kakak saya akur, jadi saya pun memulakan tugas, menvakum, menyapu, mengemop dan bermacam-macam 'me..' lagi.
Phew~~ saya terkenangkan Akamaru yang tidak nampak kelibat di mana-mana. Agaknya sekarang Akamaru adalah 'hot babe' di sekitar kawasan ini, jadi dia memang susah hendak pulang ke rumah kerana melayani peminat.
Menjelang pukul 6 lebih, barulah selesai kerja mengemas. Penatnya Tuhan saja yang tahu. Kakak muncul dengan 'askar2' menjelang Isyak, berbual-bual kemudian masing-masing masuk tidur. Cukup cerita untuk satu hari. Simple saja, kan?

3 comments:

Abu_Zubair said...

tergelak jugak bila baca akamaru jd hot babes hehehe...anak dia sbnrnya ada sekor mak teh dah bela..cantik gak kaler dia.tp jgn bimbang la pasal akamaru..insya Allah jiran merangkap sepupu ni akan tgk2 kan dia..tlg bg dia makan bl tuan x ada kt rumah..comot si kucing siam apa cerita..dgr kata dibawa ke chenor hr tu?

aryshdanea said...

Comot tu dah lama hilang, tak dapat dikesan. Missing in action! :(

Anonymous said...

aryshdanea,

jangan la tumpang lalu je kat olai tannon.. please stay with us.. heheh!

Saga Artakusiad needs us..