Monday, May 26, 2008

lama

Cuti masih panjang. Saya sebenarnya belum ada rancangan yang betul2 tuntas bagaimana untuk menghabiskan cuti. Cuma yang ada dalam kepala mahu bercuti, ya, saya keletihan sebenarnya. Kerja dan hidup baru saya menuntut komitmen yang bukan sedikit.
Semalam saya keluar lagi, kali ini mahu membeli hadiah. Adik sudah menyambut harijadinya beberapa minggu lepas tetapi saya sendiri belum berpeluang bertemu dengannya. Hanya bergreeting melalui mesej. Saya juga berhajat mencari buku2 baru tetapi saya lupakan sahaja mengenangkan saya malas membaca karya popular buat masa ini. Tidak ada selera dan kemahuan.
Terbaru, saya lebih berminat mencari bahan2 yang lebih ilmiah, yang bagi saya pengisiannya lebih padat dan memuaskan sel2 kelabu dalam kepala saya ini. Sejak bekerja jarang sekali saya meluangkan masa untuk buku2 seperti itu, kadang2 membuatkan saya merasa ketinggalan. Saya belum dapat meniru kebiasaan arwah ayah yang sentiasa membeli, membaca dan menelaah buku2 baru dari minggu ke minggu.
Sepanjang ingatan saya pada arwah, jarang sekali dia meninggalkan pembacaan pada waktu pagi. Ya, dari satu sudut, kuliah2 menuntutnya sentiasa menambah ilmu supaya compatible dengan situasi semasa tetapi kerajinan seperti itu bagi saya, masih belum saya dapati daripada orang lain yang melakukan hal yang sama.
Arwah seorang yang sentiasa mencari ilmu, tidak pernah merasa rendah diri belajar daripada orang yang jauh lebih muda daripadanya, satu sikap yang saya sangat kagumi dari dulu. Barangkali sikap happy-go-lucky nya itu, selalu menolongnya untuk mingle among the people nicely, tidak kira muda atau tua.
Menjelang dewasa, melalui turbulent age :) saya berminat dengan karya-karya underground dan apa2 yang berbentuk satira. Bagi saya, sastera yang baik ialah sastera yang menceritakan dan menerangkan untuk kebaikan. Barangkali yang diterangkan bernada kasar dan jelek tetapi bagi saya menggambarkan sesuatu realiti itu tidak semestinya perlu berbahasa indah sahaja. Realiti tidak terhad kepada keindahan, kejelekan juga realiti. Kejelekan itu tidak akan hilang dengan menafikan kewujudannya yang sudah ada di depan mata. Mahu tidak mahu kita harus menerima dalam bentuk menginsafi dan kalau lebih berani mencuba merobah.
Bila disebut merobah, ramai yang lebih suka beralasan walaupun sebenarnya perubahan adalah tulang belakang kehidupan. (Bukan melabel orang sekeliling, ini lebih bersifat pengalaman peribadi) We resist it, in most cases, almost without rational reasons and our responses are always hypercritical and defensive. Pendapat anda bagaimana?
Saya sedang melayani M.Nasir, bukan kerana ramai pengagum muzik menganggap muziknya lebih bernada kesufian (saya tidak setuju dengan lirik 'Kias Fansuri'. Zulaikha yang cuba berzina dengan Yusuf A.S itu perbuatannya tetap berdosa. Kenapa mahu mengangkat pula perbuatan seperti itu?) tetapi saya sukakan alunan hasil kerja M.Nasir. Barangkali ini kenyataan paradoksikal tetapi bagi saya ini sekadar minat saya sebagai manusia kepada muzik.
Kepada yang pernah singgah di sini, terima kasih kerana membaca. Ah, perlu anda ketahui, apa-apa yang disiar di sini cuma pendapat peribadi, mengenangkan saya punya hak untuk bersuara di dalam sebuah negara demokrasi, dan ya, yang lebih penting, tidak melanggar Syariat. Saya sedang senyum dan mahu tersenyum sepanjang hari.

3 comments:

Abu_Zubair said...

Bila sebut pasal arwah pak long, terimbas segala nostalgia...arwah paklong sbg pak sedara..sbg tok guru..sbg murabbi..sbg shbt pun mungkin..memang susah dicari ganti..arwah seorg yg serba boleh..sampai sekarang x pernah jumpa org lain mcm arwah...

senyumannya, keceriannya, gayanya dlm kuliah,antara nostalgia yg selalu menziarahi minda...terutamanya pesanan arwah setiap kali bersalam dgnnya bila nak blik ke uia semula.."jgn lupa perjuangan.."dlm maknanya..

iringkan doa kita untuknya..sempurnakan segala pesanannya..sampaikan segala ilmunya...
insya Allah, kita akan bertemunya semula di syurga.. Amiin...

Abu zubair,
anak sedara dan anak murid arwah paklong

shahbandarmalakat said...

tok cik pun selalu ingat arwah ayah ...memang dia periang dan suka bergaul, dan berjenaka..dia selalu bergurau dengan tok cik, wan cik lagi ternampak nampak arwah. Dia panggil Wan cik dengan nama penuhnya Cik Jelita, anak sdr lain cuma panggil Cik je...
Pernah tok cik kenalkan kepada guru tok cik...
tok cik selalu ingat kepada orang yang sudah pergi...

aryshdanea said...

Al-Fatihah untuk kedua mereka, mak dan pak.