Monday, April 28, 2008

tahun..tahun..(ah, saya sudah tua)

Berpetang-petang. Bermalas-malas. Malam ini saya membelek e-mail2 lama bermula sejak tahun 2001. Banyak sungguh kenangan walaupun hanya pada sepucuk e-mail yang saya kira sudah 7 tahun saya simpan. Dalam hidup, perkara-perkara kecil seperti inilah yang kadang-kadang lebih mewarnakan hari-hari kita. Bukan setakat terhad pada hari pertama kita 'bertemu' dengan perkara tersebut tetapi kadang2 ia memberi satu impak yang berpanjangan. Saya ketawa di depan skrin membaca e-mail2 yang begitu menggeletek hati. Balasan daripada saya pun masih ada tersimpan rapi. Dulu saya memang remaja gila-gila. Lihat saja pada cara saya membalas e-mail kawan2 dengan nada yang begitu muda =) Selain e-mail bertulis, saya jumpai gambar2 lama, yang diberikan beberapa tahun dahulu. Juga masih saya simpan. Masih saya tatap. Masih saya ingati. Insan-insan yang pernah hadir dalam hidup saya hampir kesemuanya unik dan istimewa. Dengan cara mereka sendiri. Cerita hidup saya barangkali sama saja dengan kalian di luar sana, tetapi ingatan pada sesetengah perkara tetap istimewa bagi kita.

No comments: