Thursday, June 2, 2011

Warkah Ibu buat Adik

Assalamualaikum
Adik tidur jadi ibu tuliskan surat ini untuk Adik. Ibu tahu adik penat, biarlah adik tidur.
Adik tahu, setiap kali Ibu tengok Adik tidur, Ibu rasa sayu. Kasihan aja. Anak Ibu letih bermain sorang- sorang seminggu ni. Angkut barang sana sini, guling tak kira tempat tapi yang kagumnya, walaupun Adik bosan, Adik tak menangis. Apalagi meragam. Bila Ibu bercakap dengan Adik, Adik senyum saja walaupun Ibu tahu Adik memang bosan tak ada kawan nak bermain macam di rumah Ummi. Apa yang terdaya Adik buat ialah ikut Ibu ke mana aja Ibu pergi. Masak pun ikut, sidai kain di belakang rumah pun ikut. Tak pe lah, Ibu faham, Adik nak berkawan. Lagipun bahaya Adik main sorang-sorang kan?

Adik, kenapa susah sangat nak makan ya? Puas Ibu cuba macam-macam. Tak mahu juga makan. Bila Ibu google, barulah Ibu faham. Adik ni suka makan dengan kawan-kawan. Suka bermain sambil makan. Nampaknya lepas ni Ibu perlu lebih tumpuan pada adik supaya Adik dapat makan dan membesar dengan sempurna.

Sebenarnya, banyak yang Ibu nak tuliskan di sini. Tapi Muka Adik dah memanggil-manggil di dalam bilik sana. Kasihan pula Adik tidur sorang.

Ibu sayang Adik. Besar nanti jadi orang baik-baik ya? Jadi orang yang lebih baik daripada Ibu dan Ayah. Ibu akan selalu doakan kebaikan untuk Adik.

Sekian. Sayang Ibu untuk Adik.

No comments: