Ini sekadar pemerhatian peribadi. Ya, makin tua, saya makin reflektif. Entah apa baik atau buruknya berbuat demikian jawapannya tiada sekarang. Saya masih menunggu.
Pergaulan mempengaruhi banyak hal. Makin lama kita bersama dalam sesuatu kumpulan masyarakat, makin banyak norma, kebiasaan yang kita serap melaluinya. Baik mungkin, buruk mungkin.
Most of the time, kita bimbangkan yang buruk-buruk. Telah saya perhatikan, setelah masa berlalu, yang tidak kita suka itu akhirnya menjadi kebiasaan. Jika dulu kita memperkatakannya dalam nada yang menyanggah, sekarang kita sendiri dalam diam-diam mengiyakan dan melakukannya.
Saya jengkel. Ya, barangkali saya tidak duduk dalam dunia Utopia. Kita tidak hidup dalam dunia angan-angan. Tetapi yang ideal itu perlu ada supaya realiti tidak kucar kacir. Apa yang hitam tetaplah hitam. Pendapat mungkin berbeza tetapi kenyataan tidak.
Saya cuba mengingatkan diri begitu. Kemudian saya menyedari :Istiqomah itulah yang tidak mudah. Istiqomah itulah ukurannya.
Anda istiqomah pada kebenaran?
Jawab dalam hati sahaja supaya jawapannya benar-benar ikhlas.
No comments:
Post a Comment