Monday, November 15, 2010

diluluskan

Saya bakal bertukar angin tahun hadapan. Doakan saya.

Sunday, November 14, 2010

zalim atau hak?

Mari kita cuba analisa yang ini.

' Apsal Mimi tak mahu layan abang? Nak masuk neraka ke? Camana pun kene bagi juga. Tak baca hadis ke? Letih bukan alasan. Setakat jaga anak, kemas rumah, basuh kain, masak, pergi kerja apalah sangat. Ni duit pengasuh dah bayar ke belum? Kan selalu Mimi yang bayar. Takkan semua abang nak support.'

'Mimi nak balik kampung? Buat apa? Tahun lepas baru je balik. Selalu raya kan balik rumah mak abang. Kenapa tak nak ikut cakap abang?'

'Beli apa tu? Kain batik? Mak abang punya mana? Apa punya menantu la Mimi ni. Setakat keluar duit sendiri beli untuk mak mertua apa salahnya. Bukan selalu. Lain kali kalau mahu beli hadiah beli untuk dua-dua."

'Mimi tak nak ikut cakap abang kenapa? Nak masuk neraka ke?'









Saturday, November 13, 2010

berbeza tetapi sama?

Ini sekadar pemerhatian peribadi. Ya, makin tua, saya makin reflektif. Entah apa baik atau buruknya berbuat demikian jawapannya tiada sekarang. Saya masih menunggu.

Pergaulan mempengaruhi banyak hal. Makin lama kita bersama dalam sesuatu kumpulan masyarakat, makin banyak norma, kebiasaan yang kita serap melaluinya. Baik mungkin, buruk mungkin.

Most of the time, kita bimbangkan yang buruk-buruk. Telah saya perhatikan, setelah masa berlalu, yang tidak kita suka itu akhirnya menjadi kebiasaan. Jika dulu kita memperkatakannya dalam nada yang menyanggah, sekarang kita sendiri dalam diam-diam mengiyakan dan melakukannya.

Saya jengkel. Ya, barangkali saya tidak duduk dalam dunia Utopia. Kita tidak hidup dalam dunia angan-angan. Tetapi yang ideal itu perlu ada supaya realiti tidak kucar kacir. Apa yang hitam tetaplah hitam. Pendapat mungkin berbeza tetapi kenyataan tidak.

Saya cuba mengingatkan diri begitu. Kemudian saya menyedari :Istiqomah itulah yang tidak mudah. Istiqomah itulah ukurannya.

Anda istiqomah pada kebenaran?

Jawab dalam hati sahaja supaya jawapannya benar-benar ikhlas.

Thursday, November 11, 2010

standard kerja

Standard kerja yang cemerlang dalam Islam intipatinya ikhlas. Dan dorongan intrinsik seperti itu sebenarnya bukan mudah untuk dicapai.

Bekerja dengan ikhlas itu bukan satu cerita dongeng. Ramai yang melakukan.

Err.. adakah saya termasuk dalam golongan ini?

Wednesday, November 3, 2010

Damn right!

If there is one lesson which history has taught us, it is the fundamental importance of will power, as much for nations as for individuals, and in every circumstance of life, great or small. Greek civilization ended in failure, not because of the lack of intelligence, but because of the lack of character, of morality!” - George Sarton, petikan buku Introduction to the History of Science.

Nothing is sweeter than the truth. And nothing is more bitter than it.

Credit to Saifulislam.com

Hidup beragama

Semakin jauh perjalanan semakin kita mengerti bahawa untuk menjadi baik itu susah. Untuk menang syurga itu sukar. Kalau tidak dengan istiqomah. Kalau tidak dengan iman. Kalau tidak dengan sabar. Di masa remaja, kita hanya mengetahui hal ini diungkap dari mulut yang lebih tua, buku-buku dan paling ringkas dalam mutiara kata di majalah.

Pengalaman hidup kemudian mengajar, sekaligus mengingatkan kita kembali kepada apa yang pernah kita dengar dan pelajari. Hidup ini satu medan perang yang rumit kalaupun tidak panjang. Memerhati untuk merasai, untuk memahami dan untuk mempelajari sebenarnya bukan proses yang mudah. Kita melakukan kesilapan demi kesilapan, dan hampir semua kesilapan itu adalah sama.

Itulah lalai.

Teringat saya, susah senang itu ujian. Apa sahaja yang dihadapi kita dulu, kini dan akan datang adalah semua bentuk ujian yang diberi oleh Allah kepada kita. Didatangkan kepada kita masalah hasad, sombong, mengadu domba dan segala rencam perkara ke ribaan kita yang selalu membuat mulut menyebut dan bertanya : kenapa?

Jawapannya sudah ada. Solusinya juga sudah ada. Gambaran manusia itu selalunya jelik. Tetapi manusia juga makhluk istimewa yang boleh menjadi lebih baik daripada malaikat. Allah meletakkan pilihan kepada manusia.

Saya berkata selalu kepada diri, pilihlah yang betul dan istiqomah. pengalaman saya bahagian kedua itu memang sukar!