Cuaca pagi Sabtu selalunya jarang boleh diteka . Pertama, kerana saya memang kurang berminat keluar hari berkenaan, jadi saya jarang ambil pot apa yang berlaku di luar rumah. Kedua, perintah berkurung bermula dari hari Jumaat selepas habis waktu bekerja santak ke Ahad. Menjelang Isnin barulah saya akan membuka pintu rumah. (Makanya, harapan saya untuk mendapatkan kulit yang tanned dan golden itu tidak mungkin tercapai dalam masa sepuluh tahun ke hadapan ini. )
Kebelakangan ini, saya punya satu misi baru. Saya mahu berteman. Sudah tiga bulan rumah ini cuma dihuni oleh saya dan diri saya. Jadi saya mahu menambah penghuni rumah ini, barangkali seekor kucing biru yang memahami dan boleh bersyair sudah mencukupi. Penghibur hati saya. Kucing pilihan saya ini, saya harap boleh bersyair lagu2 kecintaan kepada Tuhan yang Maha Tinggi dan Agung itu. Seleksi saya menarik?