Monday, November 19, 2007

catatan berpindah*

sesat di Kuala Lumpur
Saya sesat. Kalau si A tahu pasti dia gelak berguling. Lima tahun di KL bukan jaminan saya ingat segala. Apa lagi jalan KL ni bukannya boleh diharap sangat, sekejap aja sudah ada lane baru yang membawa entah ke mana-mana. Saya sesat. Dengan seorang lagi kawan yang juga dah bertahun duduk di KL. Dia ketawa-ketawa sahaja, saya rasa untuk menyembunyikan malu. Saya tanpa segan mengulang-ngulang di dalam kereta, sesat di Kuala Lumpur, dosa pahala bercampur, tapi kita perlu hidup, kita semua terus hidup.. owh, yeah.. kawan saya yang malu-malu, terkesip-kesip, menyanyi lagu pasar malam yang maha mengarut, saya tergelak kerana saya tak pernah menyangka dia punya suara yang bagus. Selalunya dia malu-malu aja hendak buat perkara yang 'kurang empuk' semacam itu. Dari kecil saya kenali dia sebagai manusia yang maha baik walau pun pelik. Saya teman bermain yang nakal, kalau geram saya akan menggigit lawan saya sampai berbekam dan menangis. Kawan saya yang seorang ini pon begitu juga. Cuma dia tak melawan, dia selalu menganggap saya sebagai adiknya. Masa berlalu, dia pindah dari kampung, saya sendiri kehilangan kawan. Selalu saya boleh bermain superman2, terbang2, men beskal x ingat dunia sampai kene rotan, tapi bila diingat kembali semua tu memang seronok! Menjelang dewasa, dia pindah semula ke belakang umah saya, tapi waktu itu, dia sudah malu-malu, maklumlah sudah remaja, dan dia pula lelaki. Saya pun tidak ada hati menegur kawan lama yang malu-malu, tak masuk akal buat dia panjat pokok rambutan depan rumah hanya kerana saya menegur. Tapi, aritu dia dtg melawat emak, saya terus mengajaknya keluar makan. Dia tidak lagi malu-malu. Tahun depan sudah mahu berkahwin dengan gadis pilihan, saya bertanya tarikh, dia tidak memberi jawapan pasti. Sekarang, nak kawen pon susah.


karut, mengarut, karutan
Saya sudah biasa dengan keadaan semalam sepatutnya. Seharusnya pun saya sudah menjangkakannya. Siapa kata usia mendewasakan? Bagi saya kita hanya akan dewasa kalau bijak mengutip pengalaman menjelang kedewasaan. Jangan lupa juga tarbiyyah yang baik memberi end-product yang sama sekali berlainan daripada didikan yang serba tidak matang dan carca marba. Saya akui saya muda. Tapi itu tidak bermakna saya harus menerima sahaja apa-apa yang tidak masuk akal unjuran orang yang lebih 'makan' garam daripada saya. Saya bukan penurut. Perkataan 'degil', 'kurang hormat' atau 'kurang ajar', wahai orang tua dan senior, sebaiknya kalian mengurangkan penggunaan perkataan-perkataan di atas jika benar ikhlas mahu melentur rebung. Apalah salahnya, duduk berbincang, berbaik bahasa dalam menasihati dan memberi teladan? Orang muda juga manusia. Maka mereka juga punya perasaan. Bukan setakat itu, mereka juga punya akal. Jika kalian punya pengalaman pandulah akal mereka dengan baik. Jika mereka punya idea yang baik, walaupun pelik, pertimbangkan dengan baik. Jangan mudah menidakkan hanya kerana usia mereka.

1 comment:

Anonymous said...

erm alahai