Esok kenduri. Kenduri kesyukuran bagi kejayaan anak-anak mereka. Saya tidak terlibat secara langsung, kalau ada pun nanti cuma menyinggah makan. Seekor lembu tumbang. Hai.. macam kenduri nikah kahwin pulak!
Semalam memang babak hebat. Pelajar menangis, guru berdebar dan sekolah jadi sibuk dengan kebanjiran ibu bapa. Saya memerhati dari jauh sahaja, enggan terlibat kerana kerja yang menanti bukan sedikit.
Yang menangis, berbaur perasaan antara gembira dan juga sedih. Yang dirai dan tidak dirai bagi saya sama sahaja. Cuma satu perkara yang terlintas di fikiran saya, sedih benarkah tidak dapat menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh?
Sejak dulu, anak-anak memang disogok dengan tanggapan begini. Malah semasa saya di bangku sekolah, hal yang sama berlaku kepada saya. Seolah-olah, sekolah berasrama penuh sahaja yang mampu melahirkan insan cemerlang dan berguna. Saya rasa penekanan serupa ini kadang-kadang melampau sifatnya.
Dan dalam sesetengah perkara ramai guru yang memandang sepi kemasukan ke sekolah-sekolah agama. Zaman saya bersekolah, sekolah agama kerajaan negeri dipandang sebagai pilihan terakhir bagi mereka yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan.
Mengenangkan peristiwa semalam, mengimbas saya kepada guru-guru dan ibu. Ketika guru kelas meminta saya mengisikan borang SBT, saya menolak. Guru saya kehairanan apatah lagi ketika itu saya pelajar terbaik sekolah dengan keputusan cemerlang dan penglibatan ko-kurikulum yang memberangsangkan di peringkat negeri dan kebangsaan.
Kenapa saya menolak? Saya yakin dangan kata-kata ibu saya, sekolah di mana-mana pun sama sahaja. Apa yang penting adalah usaha. Ketika ini saya merasakan betapa bijaknya ibu saya yang cuma lulus darjah enam sekolah Melayu jika dibandingkan dengan guru-guru yang terkurung dalam konsep sekolah berasrama penuh.
Mak, terima kasih kerana memberi jalan kepada saya untuk membuat pilihan yang betul!

No comments:
Post a Comment