Wednesday, November 25, 2009

Ini menerangkan segalanya

Quotes from Syed Qutb:

'Indeed our words will remain lifeless, barren,devoid of any passion, until we die as a result of these words, whereupon our words will suddenly spring to life and live on amongst the hearts that are dead, bringing them back to life as well..'

'My brother, don't look back, your path has been covered with blood, and do not look here and there, and do not look except to the sky'

'Our environment, people's beliefs and ideas, habits and arts,rules and laws-- is Jahiliyyah even to the extent what we consider to be Islamic culture, Islamic sources, Islamic philosophy, and Islamic thoughts are also construct from Jahiliyyah!'

'A shaheed is someone who present his testament (shahadah) with his soul and blood that his faith is dearer to him than the world. For this reason, he exerts his soul and life in redemption to the religion of Allah.'

'Verily the index finger that testifies to the Oneneass of Allah in prayer, utterly rejects to write even a letter, endorsing the rule of the tyrant'

Syed Qutb menyatakan ini dengan berani ketika diminta memohon maaf kepada Abdel Nasir yang kemudian membawanya ke tali gantung.

sepagi

Saya sudah membaca Dunia Sophie; dengan meninggalkan beberapa bab di belakang. Buku ini menarik dan saya pasti punya peminatnya yang tersendiri. Barangkali bukan segala yang ingin disampaikan di dalam buku ini dapat diterima oleh semua. Jika anda seorang peminat novel cinta, buku ini memang tidak exciting langsung.

Beberapa minggu yang lepas, saya kebosanan. Ada lompang masa yang perlu diisi, jadi saya mencari bahan bacaan yang sesuai untuk tujuan tersebut. Saya menemukan novel Kawin-kawin karya Azizi Hj Abdullah dipinjam bersama sebuah novel Jepun yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu, penulisnya sudah saya lupa. Apa yang menarik perhatian saya pada masa itu, penulis tersebut adalah pemenang Nobel.

Novel Kawin-kawin sememangnya sinis dan lucu walaupun sebenarnya, Azizi cuba membincangkan hal yang serius. Nikah mut'ah. Jalan cerita dan bahasanya mudah sahaja, siapa yang pernah membaca karya beliau sebelum ini akan segera mengesan kepintaran bahasa Azizi dalam menerangkan plot dan perkara. Keseluruhannya, novel ini bagi saya berjaya melukis satu fenomena jelek yang memualkan pembaca tentang manusia yang terlibat dalam nikah mut'ah.

Buku Jepun tersebut? Mengecewakan saya. Barangkali gaya penulisan 50-an memang begitu. Meleret dalam memberi gambaran detail tentang suasana dan emosi. Lantas saya menggantikan buku ini dengan Dunia Sophie yang lebih dekat dengan diri saya.

Dunia Sophie membawa kembali ke riba saya kelas yang pernah saya ikuti beberapa tahun ke belakang. Memnuculkan Socrates, Plato dan Aristotles dalam sebuah novel saya kira satu pendekatan yang belum pernah saya jumpa dalam mana-mana buku sebelum ini. Ramai menganggap falsafah dunia kosong dan membosankan. Tetapi betapa ramai pula, yang tidak mengetahui mereka sebenarnya terlibat secara langsung dalam dunia tersebut dari sudut praktikalnya sehari-hari.

Falsafah telah lama menjadi akar dalam pembangunan manusia, khususnya Barat. Mengenali falsafah mereka adalah bermaksud mengenali gaya pemikiran dan hidup mereka. Memahami sebab mereka membangunkan teknologi pemusnah sebegitu rupa. Dan mengapa setelah begitu lama mereka bertembung dengan tamadun Islam, pembangunan yang mereka dirikan tidak sedikit pun mencontohi tamadun yang mencintai alam ini dan bukan menganggapnya sebagai musuh!

Memahami falsafah mereka, memberi banyak gambaran tentang jiwa tamadun Barat yang sakit. Barat tidak baru saja sakit. Ia telah sakit berkurun yang lepas akibat mengabaikan agama dan sikap mereka yang memusuhi alam serta menganggap Tuhan sebagai tidak adil serta suka menzalimi manusia atas alasan iri hati dan khianat.

Jelek kan?

Persoalannya bukan tentang hal terminologi yang payah disebut lagi susah difahami. Pokoknya, adakah kita sudah menggariskan satu sempadan dalam hidup kita sekarang, bahawa kita bukan mereka? Barat bukan lagi soal nationality. Ia soal gaya hidup dan pandangan beragama. Maka jika ada artis yang mengaku Melayu dan ISLAM tetapi berlagak tidak ubah seperti Mary Goldman atau Richard Richardson, itu anda boleh simpulkan sendiri!




Friday, November 20, 2009

Kenduri lagi

Esok kenduri. Kenduri kesyukuran bagi kejayaan anak-anak mereka. Saya tidak terlibat secara langsung, kalau ada pun nanti cuma menyinggah makan. Seekor lembu tumbang. Hai.. macam kenduri nikah kahwin pulak!

Semalam memang babak hebat. Pelajar menangis, guru berdebar dan sekolah jadi sibuk dengan kebanjiran ibu bapa. Saya memerhati dari jauh sahaja, enggan terlibat kerana kerja yang menanti bukan sedikit.

Yang menangis, berbaur perasaan antara gembira dan juga sedih. Yang dirai dan tidak dirai bagi saya sama sahaja. Cuma satu perkara yang terlintas di fikiran saya, sedih benarkah tidak dapat menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh?

Sejak dulu, anak-anak memang disogok dengan tanggapan begini. Malah semasa saya di bangku sekolah, hal yang sama berlaku kepada saya. Seolah-olah, sekolah berasrama penuh sahaja yang mampu melahirkan insan cemerlang dan berguna. Saya rasa penekanan serupa ini kadang-kadang melampau sifatnya.

Dan dalam sesetengah perkara ramai guru yang memandang sepi kemasukan ke sekolah-sekolah agama. Zaman saya bersekolah, sekolah agama kerajaan negeri dipandang sebagai pilihan terakhir bagi mereka yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan.

Mengenangkan peristiwa semalam, mengimbas saya kepada guru-guru dan ibu. Ketika guru kelas meminta saya mengisikan borang SBT, saya menolak. Guru saya kehairanan apatah lagi ketika itu saya pelajar terbaik sekolah dengan keputusan cemerlang dan penglibatan ko-kurikulum yang memberangsangkan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Kenapa saya menolak? Saya yakin dangan kata-kata ibu saya, sekolah di mana-mana pun sama sahaja. Apa yang penting adalah usaha. Ketika ini saya merasakan betapa bijaknya ibu saya yang cuma lulus darjah enam sekolah Melayu jika dibandingkan dengan guru-guru yang terkurung dalam konsep sekolah berasrama penuh.

Mak, terima kasih kerana memberi jalan kepada saya untuk membuat pilihan yang betul!


Wednesday, November 18, 2009

Kenangan

Saya menaip satu nama.

Di satu laman dia tersenyum senang, dengan anak-anak dan suami. Dia saya temui beberapa tahun lepas, di KL Sentral sekembalinya daripada negara mentari terbit. Tidak jauh bezanya, dia kini dan dulu.

Saya masih terlalu muda ketika itu untuk mengenal kecewa di mata sesiapa. Dan masih terlalu muda menilai situasi pada ketika itu, yang secara tidak sengaja melibatkan saya, dia yang tidak saya kenali bersama beberapa yang lain.

Dia bukan kenalan, apatah lagi kawan baik. Tetapi kadang-kadang saya terimbas semula senyumannya dalam perbualan itu. Sekarang saya terfikir, adakah dia sebegitu sinis?

Pulut

Kerana mulut badan binasa.

Terkenang beberapa peristiwa. Ketawa sahaja ubatnya.

Tuesday, November 10, 2009

2 entri

Sepetang saya menyemak laman untuk program postgraduate. (Ini gara-gara ada yang gatal mulut mengajak saya menyambung belajar!) Semak punya semak, ada juga program-program yang berkenan di hati. Tapi kemudian saya tersangkak.

Mahu belajar lagi perlu ada lebih daripada kemahuan. Dan saya tidak fikir saya punya lebih daripada itu sekurang-kurangnya buat masa ini. Pertama, masa saya semakin sedikit. Bakal jadi lebih sedikit dengan status yang saya pegang sekarang. Keluarga penting bagi saya walaupun saya tidak pernah menganggap berkeluarga itu sebagai penghalang mutlak bagi cita-cita.

Dalam 5 tahun ke hadapan ini, saya tentu lebih sibuk daripada sibuknya pelajar menyediakan disertasi. Multitasking. Bunyinya gerun, membuatnya mungkin lebih menyeksakan.

Saya tidak sanggup. Titik.

Kerja

Datang bekerja dalam 2 minggu ke hadapan ini hanya untuk goyang kaki dan menunggu gaji? Mimpi indah setiap kakitangan yang sampai bila pun tidak akan jadi kenyataan.

Selamat bekerja!

Saturday, November 7, 2009

Pagi

Zaman berubah. Masa berlalu. Umur bertambah. Jauh perjalanan dan di sepanjangnya ada wajah-wajah yang tidak saya temukan lagi. Saya menaip beberapa nama yang terlintas di fikiran: nama-nama yang pernah muncul dalam hidup saya kecil hingga menapak tingkat remaja dan akhirnya ketika saya menjejak dewasa.

Bagaimana mereka ini dewasa? Bagaimana saya sendiri dewasa?

Wednesday, November 4, 2009

kicap

Makcik A : Eh, kenapa makan kicap? Nanti anak hitam..
Saya : Biarlah hitam, asal hatinya baik.
Cik Kak B: Tak dapat lagi boleh la cakap camtu..

Sengih. Putih memang idola di mana-mana. Kalau kamu hitam, kamu buruk. Malanglah nasib ibu yang melahirkan kamu.

Tapi apa yang selalu kita lupa, putih itu pentingnya di hati dan bukan sekadar di kulit.

rumah sakit

Dan sakit menjadi teman serta peringatan.