Islam ini datang dengan mesej yang jelas. Membawa Tauhid ke dalam hidup manusia bagi menafikan segenap penghambaan yang tidak patut kepada mana-mana makhluk. Tingginya nilai mengimani di sini, Islam dari sudut itu mampu mengangkat manusia menjadi makhluk yang merdeka yang hanya tunduk kepada Yang Maha Kuasa, Maha Tinggi dan Maha Agung.
Islam dalam segenap hal, meletakkan manusia pada situasi yang adil dan patut. Melarang sebarang penyembahan dan perhambaan kepada yang lemah dan mempunyai kekurangan yang tidak dapat memberinya apa-apa faedah atau mudarat dan menyeru kepada penyerahan diri kepada yang benar-benar berkuasa menentukan hidupnya. Tuhannya, dan juga Penciptanya.
Justeru Pencipta ini adalah serba sempurna, penyerahan diri ini di titi atas dasar syariat yang diturunkan-Nya kepada manusia melalui perantara Rasul-rasul yang mulia dan terpercaya di kalangan manusia.
Syariat memberi guideline yang ampuh bagi melengkapkan penyerahan diri ini secara total. Kaifiat diterangkan dengan nyata bagi memberi kefahaman sebenar erti penghambaan diri kepada Yang Maha Tinggi ini.
Di dalam Islam tidak ada istilah Pencipta yang menzalimi ciptaan-Nya dengan membiarkan ia hidup tanpa sistem dan peraturan yang lengkap dan terperinci sebagaimana agama Hindu.
Di dalam syariat, Tuhan menggariskan peraturan-peraturan yang sangat manusiawi. Dalam erti kata lain, syariat ini bersesuaian dengan fitrah manusia itu sendiri. Syariat Islamiah tidak meminta seorang manusia untuk menjadi malaikat dalam usahanya menjadi hamba Allah yang taat. Begitu pun, ia tidak juga mendorong manusia untuk mengekalkan sikap kebinatangannya dalam banyak perkara walaupun dari sudut biologinya manusia itu juga mempunyai kehendak dan naluri haiwan.
Syariat di sini memanusiakan manusia. Menggariskan satu garisan penting di mana letaknya nilai sebagai manusia, di antara naluri dan kehendak jasad dan kehaiwanannya dan kehendak rohaninya yang lebih halus yang menginginkan pengertian hidup yang lebih tinggi. Maka jika seseorang benar-benar hendak menjadi seorang manusia maka dia hendaklah mengikut garis panduan yang telah tercatat dalam syariat.
Bermakna juga di sini, jika manusia cuba mencari panduan lain selain daripada syariat Allah S.W.T, maka dia menempah hidup sebagai makhluk yang bukan bersifat insan. Maka manusia bertukar menjadi binatang dalam menjalani hidupnya sehari-hari, bersikap menzalimi kerana dia sendiri sudah menzalimi dirinya dengan mengikut panduan hidup yang lain selain peraturan Tuhan.
Perlu diingat, zalim ini diertikan dalam konsep yang luas di dalam Islam. Asasnya, zalim disifatkan dengan meletakkan sesuatu pada tempat yang tidak sepatutnya. Maka syirik itu zalim, kerana menyembah dan menyerah kepada yang lemah sedangkan penyembahan dan penyerahan hanya layak kepada yang lebih kuat dan berkuasa kalau pun difikir secara logik.
Bersyukurlah kita kerana lahir di dalam Islam. Dan teruskan rasa syukur ini dengan benar-benar menghayati syariat dan mengamalkannya. Jika tidak, bukankah kita sudah menzalimi diri?

No comments:
Post a Comment