Tuesday, February 3, 2009

kembali

Saya kembali. Hari ini dengan perasaan bercampur setelah membelek e-mel2 dan meniti blog2 yang sekian lama saya pinggirkan dari pembacaan. Ya, saya mahu sekali menulis sebelum ini. Istilah time constraint bukan satu description yang kena kepada saya. Saya sibuk, tetapi belum begitu sibuk jika mahu dibandingkan dengan yang lain.
Petang tadi, saya membelek e-mel2 dengan satu perasaan berbeza. Satu e-mel yang diulang hantar kepada saya, menggambarkan satu kawasan lapang yang didirikan masjid tanpa bumbung. Gambar, bagi yang mahu mengerti selalunya bisa menceritakan tanpa perlu disuarakan. Kerana itu saya rasa, kewartawanan bergambar itu mempunyai impaknya sendiri dalam masyarakat. Mesej, jika kena caranya sangat mencerahkan hati untuk berfikir.
Begitu juga kesannya kepada saya pada gambar masjid tersebut. Di tengah hari, masjid berkenaan diimarahkan tanpa mengira panas yang menyengat. Sedang kita di sini, dengan masjid berkilauan di atas air, serba lengkap dengan kemudahan untuk berjemaah, masih lagi masjid menjadi ruang sepi dan kosong safnya.
Intense.
Kedua hal yang lebih meruntun hati, sebahagian teks ucapan pemimpin Hamas yang meninggal dunia dibom beberapa tahun lalu, Sheikh Ahmad Yassin. Rayuan beliau adalah kepada bangsa Arab sendiri yang rela menjadi batu daripada bertindak.
Sheikh Ahmad Yassin bertanya di dalam ucapannya yang menyayat hati: adakah bangsa Arab ini sudah dihinggapi penyakit sepertinya (Sheikh Ahmad Yassin ini berkerusi roda dan menghidapi pelbagai jenis penyakit) sehinggakan mereka begitu lemah dan tidak dapat berbuat apa2?
Suara individu Ahmad Yassin tidak mampu mengejutkan seluruh bangsa Arab yang lena. Apa yang dimintanya, adalah pertolongan daripada saudara-saudaranya. Yang mengaku sebangsa dan seagama.
Palestin. Bagi saya, isu ini tidak akan selesai selagi tidak diselesaikan oleh umat Islam sendiri. Malangnya, dalam ramainya jumlah penduduk dunia yang mengaku Islam dan bersaudara (khususnya ketika Ramadhan menjelma) kita masih lagi berharap kepada pertubuhan-pertubuhan dunia lain untuk memacakkan bendera damai di tengah kemelut berdarah Palestin.
Kita mengharapkan Obama, PBB dan negara-negara Eropah yang lain untuk menghentikan peperangan atas dasar kemanusiaan. Apakah Islam ini, dan persaudaraan yang diletak atas asas akidah ini tidak cukup 'manusiawi' untuk kita berdiri membela keluarga sendiri?
Bila mengenang kelemahan, saya terimbas kembali cerita kejatuhan Baghdad ke tanga n Monggol. Prof. Ali menceritakan kepada kami, betapa Baghdad ketika itu boleh diselamatkan, jika tidak kerana sikap penghuni kota itu sendiri yang menyerah kalah. Massacre terjadi di mana-mana. Namun, kezaliman yang mendatang perlu dihadapi dengan bersatu hati dan berani. Jika tidak, sejarah akan mengulang kembali cerita manusia bertindak seperti binatang di bumi Allah yang sepatutnya dimakmurkannya.
Mempertahankan agama itu penting. Mempertahankan darah saudara itu wajib. Maka atas alasan apa kita termangu begini?

No comments: