Saya ingin mencari satu lagu untuk tema hari ini kerana saya begitu malas hendak menulis. Malangnya, tiada lirik yang boleh menggambarkan secara tepat apa yang sudah berlaku dalam 2-3 hari ini. Kalau pagi tadi saya sudah mula menulis, saya yakin saya dapat mencari lirik yang sesuai.
Tapi begini pun elok juga, melayani perasaan bukan kegemaran saya. Sementelahan sekarang keadaan sudah jauh berbeza. Saya bukan lagi saya yang berumur 23 tahun, yang muda segala-galanya. Sudah banyak yang saya tempuhi, lewati dan rasai dalam usia melebihi suku abad ini. Pengalaman yang pelbagai rasa itu tentunya punya pengajaran dan hikmahnya yang tersendiri. Hukum dunia, tiada yang kekal.
Kadang-kadang saya tersampuk, terjatuh dan saya seperti orang lain, pernah tersungkur. Pahit hidup ini, kalau tidak dikuatkan iman memang menjadi racun yang sangat membunuh semangat. Pahit itu kadang-kadang dirasai dalam tempoh yang panjang dan memang merimaskan sesiapa sahaja yang tertelan. Ada yang mengambil masa yang singkat untuk menghilangkan rasa kurang enak tersebut dan ada juga yang menanggungnya sepanjang hayat.
Akan tetapi, bak kata orang, pahit juga boleh menjadi ubat. Ubat kepada ketidakinsafan, kelalaian dan juga kementahan. Jika kita mampu melihat ujian dari sudut ini, bagi saya ia akan lebih melegakan. Di sini, kepahitan menjadi pengalaman berharga buat kita.
Nasihat untuk diri sendiri =) Jika kalian rasakan berguna boleh juga diambil untuk diri sendiri.
1 comment:
Identiti firaun dan kaum Israil sebenarnya tak ada beza... beza kalau ada pun sikit saja..Firaun adalah mewakili individu, Israil pula mewakili kaum...kesilapan mereka iaitu sama syirik pada Allah, firaun mengillahkan dirinya sebagai tuhan, kaum israil juga mengillahkan kepada benda yang lain sebagai tuhan mereka...kedua dua gulungan adalah gulungan manusia yang tak bersyukur...
Allah akhirnya memusnahkan Firaun gulongan yang sesat dan menyelamatkan pula gulungan satu ( Israil) lagi juga sesat ...
Firaun mengakui dirinya Tuhan ,shahlah syirik, kaum Israil pula tak pernah mengaku Allah itu Tuhan mereka ,tetap mereka katakan Allah itu Tuhan Musa, sikit sikit,bila berhadapan dengan masalah mereka mengadap Nabi Musa" Hai Musa ..tolong doakan kepada Tuhan Kamu..." mereka tak mahu nak akui Tuhan Musa Tuhan mereka juga, cuma segelintir saja yang ikut Musa...
Lepas dari bahaya firaun , adakah kaum Israil bersyukur dan menyembah Allah?...
Sebab itu Iman Ghazali selalu menekankan bab Puji dan Syukur sebagai element penting dalam menjalani ibadah kepada Allah...Zaman ini kaum muslim sudah tidak menghiraukan ajaran Tasawuf seperti kitab kitab Iman Ghazali,paling tidak pun kitab yg mudah macam Minhajul 'abidin
seprti di perkatakan dalam blog saya sekarang ini...
Post a Comment