Selalunya kita lupa. Jadi ada yang datang mengingatkan. Perkara biasa jarang mahu kita kenang sebagai nikmat. Berjalan, baring, tidur malah menyahut panggilan alam tanpa bimbang adalah sebahagian daripada nikmat Tuhan yang jarang-jarang mahu kita syukuri. Apabila semua itu dihilangkan secara tiba-tiba biarpun sekejap barulah hati mahu berfikir. Betapa sedikitnya diri menyebut 'Alhamdulillah'.
Friday, May 7, 2010
Sunday, May 2, 2010
Mengerti
Kita boleh tahu tanpa merasai.
Tapi hampir mustahil boleh merasai tanpa mengetahui.
Mak, kini saya mengerti.
Tapi hampir mustahil boleh merasai tanpa mengetahui.
Mak, kini saya mengerti.
Friday, March 19, 2010
Peribadi
Satu laman peribadi. Yang cuma mahu dilihat oleh yang tertentu. Dunia sekarang, dunia facebook, myspace dan jika mahu ditambah senarainya di sini tidak mengurangkan ancamannya pada dunia peribadi seseorang.
Peribadi tidak lagi peribadi. Pada sesetengah ia barangkali satu idea rangkaian yang baik. Tapi barangkali tidak bagi manusia privasi seperti saya. Dalam banyak keadaan saya memang selective dengan banyak perkara.
Mohon maaf jika tidak berjumpa nama saya di Facebook. Atau Myspace. Tapi jika mahu boleh diketuk dan ditaip saja alamat laman ini. Saya mahu menulis lagi. Kepada yang membaca, terima kasih.

Thursday, January 28, 2010
Bukan lagi rahsia
Hari ini bercuti. Bukan seperti biasa. Duduk di rumah di tengah-tengah minggu bekerja samalah sunyinya semacam tinggal di satu rumah yang lain.
Saya melawat laman teman-teman. 5 tahun memang jangka masa yang pendek tetapi perubahan yang muncul bukan sedikit. Kita barangkali nostalgik tentang sesuatu.
Pagi ini, saya merasakan betapa jauhnya masa muda telah saya tinggalkan di belakang. Dan betapa dekatnya saya, ke hujung jalan usia.

Friday, January 22, 2010
Rahsia?
Berhari juga saya melihat kembali akaun Facebook yang saya buat entah bila. Beberapa orang sudah mencadangkan untuk saya giat menyertai. Saya cuba tapi akhirnya saya biarkan. Saya tidak berminat. Dunia Facebook bukan dunia saya. Di sini, saya enggan dikenali dan dijejaki. Barangkali benar, saya memang manusia perahsia.
Wednesday, January 20, 2010
Kurang ajar
Antara hal yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap kurang ajar ialah apabila dia suka menganggap dirinya betul dan berbangga dengannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)