Saturday, October 30, 2010

Menjelang tiga puluh

How time flies!

Saya sebenarnya rasa ditinggalkan masa. Beberapa hari ini saya kembali menjadi nostalgik. Betapa yang dirasakan baru itu sebenarnya sudah lama. Sudah bertahun dan kini saya sudah berjalan begitu jauh.

Manusia berubah. Klise tapi benar. Begitupun saya tidak tahu cara yang tepat untuk mengukur perubahan diri. Atau barangkali saya masih kekal seperti dulu?

Friday, October 22, 2010

benar

Diam dan senyap itu lebih baik.

Itu benar.

Sunday, October 3, 2010

orang kata..

Orang kata jika mahu sesuatu berubah mulalah mengubah daripada dalam diri kita dahulu. Pernah saya terbaca katanya kebaikan itu berjangkit. Akan menjangkiti sesiapa yang melihat dan merasa.

Tapi bagi saya bukan dalam semua situasi. Ada yang melihat tetapi melihat sekadar dengan mata tidak diproses di dalam hati. Tidak disertakan dengan perbuatan. Sebagaimana yang selalu kita lakukan setiap hari. Akhirnya, yang hanya kita nampak ialah kesalahan dan kesilapan orang. Habis diumpat, nafsu pun berpuas hati.

Hati jadi tambah gelap, cahaya makin malap.

Saturday, October 2, 2010

Karya nan indah

Nasyid selalu membuat saya menangis. Ini salah satu daripadanya.

Jika diizinkan

Jika diizinkan tahun depan saya bertukar angin. Mengakhiri episod perjalanan suami yang hampir setiap hujung minggu berulang dari Klang ke mari. Kisah biasa bagi keluarga yang tinggal berasingan.

Bukan mudah. Dan bukan senang apabila sudah mempunyai cahaya mata. Jadi jika diizinkan saya mahu pergi. Suami saya sudah berkorban, jadi kini giliran saya pula untuk membuat sesuatu untuk keluarga kami.

Kerana sayang itu sebahagiannya adalah pengorbanan. Saya baru sahaja membuang layout lama. Masa untuk berubah :)