Saturday, December 12, 2009

Ibu

Mahu jadi ibu perlu menjadi bijak kerana menjadi ibu bukannya mudah. Saya tidak berniat mengulang atau meng'klise'kan apa-apa. Kita tahu tugas ibu bukannya sedikit dan bagi saya tentunya tugas ibu itu bukan sekadar memakaibuangkan pampers bayi atau menyusukan (dan senarai ini boleh dipanjangkan lagi jika mahu).

Jika saya katakan menjadi ibu perlu bijak, saya maksudkan ibu atau kaum perempuan perlu punya kesedaran beragama yang tinggi. (peduli apa dengan konsep sekarang, saya tidak kisah digelar orang backwards!)

Dua tiga hari ini, saya sudah pandai menonton tv. Dan saya jelak dengan sekian banyak program hiburan dan sedikit terkejut dengan bercambahnya pula program realiti mencari bintang kecil. Wow, kanak-kanak Malaysia (baca Melayu) sekarang sudah begitu didedahkan dengan dunia glamour! Mengejar masyhur dengan menjadi penyanyi.

Biarpun kanak-kanak dan barangkali ada yang suka melihat keletah mereka, saya merasa terkilan melihat mereka dirias sebegitu rupa bagai selebriti Hollywood lagaknya. Tentulah ibu bapa yang menggalakkan kanak-kanak dalam usia sebersih ini mengejar hal-hal yang tidak mendatangkan faedah malah boleh memusnahkan mereka!

Okay-okay, slogannya barangkali begini: selebriti juga boleh dijadikan idola. Bakat seni tidak perlu disiakan, malah boleh dibuat duit. (akhir ini benar sekali!) Dan kanak-kanak sekecil ini biar bagaimana pintar pun, belum betul-betul mengerti erti wang.

Yang mengerti adalah ibubapanya. Dan ibubapa yang menggalakkan hal-hal sebegini, bagi saya tentunya jauh sekali daripada pemahaman agama yang sebenar. (Cuba senaraikan bilangan artis yang menutup aurat, ini suruhan Tuhan yang wajib dan ini baru satu)

Lihat saja cara mereka menyanjungi cara hidup artis (jika
tidak masakan mereka menggalakan anak-anak menjadi salah seorang daripada mereka?) Dan tolonglah jangan mengulang ayat-ayat yang memaniskan ulasan dengan mengatakan menjerumuskan diri dalam bidang atas rasa cintakan seni.

Beritahu saya, berapa ramai penyanyi Malaysia yang boleh menulis lagu, bermain instrumen muzik dan menerbitkan album mereka sendiri? Atau mana-mana filem kita yang betul-betul boom dan memberi kesan baik kepada masyarakat kita? Seni apa yang mereka persembahankan kepada khalayak?

Dan yang paling dekat dengan anak-anak siapa agaknya? Ibu, ibu dan ibu.
Dan saya mahu bertanya soalan yang lebih direct: Bongokkan ibu-ibu ini? Berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke neraka!)

Saya tidak minat mengupas lanjut kerana kesimpulannya artis mana yang berperangai baik dan dapat menahan diri daripada terjerumus dosa besar? Ini bukan klise, lihat saja laporan wartawan hiburan di muka-muka majalah dan akhbar, hampir 100 peratus menggambarkan hal yang tidak baik.

Saya geli dengan ibu-ibu sebegini.

Cuti di malaysia

Bercuti.

Saya mahu melazimi toko-toko buku, sebagaimana yang selalu saya lakukan dulu. Saya barangkali, rindu untuk berpusing berjam-jam memilih, membaca dan memilih lagi buku-buku yang berkenan di hati. Betapa terluangnya masa muda saya ketika itu.

Esok saya mahu pulang ke kampung. Membereskan hal bertahun.