Friday, February 27, 2009

kontra

Sejuk. Di tengah hari. Berselimut hingga ke kaki. Dan bilik ini berjaya mengumpulkan dua keadaan berbeza untuk satu masa. Kadang-kadang yang saling kontra itu boleh disatukan. Sekurang-kurangnya, ketika ini, saya fikir begitu.

Wednesday, February 25, 2009

Hero

Artakus.
Hero buku yang tidak pernah saya lupakan. Jadinya Ahmad Patria jadi penulis pujaan saya pada ketika itu. Koleksi pengembaraan Artakus dulunya ada 6 buah buku semuanya.
Artakusiad? Bayangkan kegilaan kanak-kanak sekarang pada Harry Potter, begitulah saya pada Arkus dan Artakus!
Satu senyum untuk semua. Saya hilang dalam jejak gadis berumur sepuluh tahun. Di sebalik pokok ceri itu, saya melihat dia berlari dengan buku di tangan.
Sayalah itu.

Sunday, February 22, 2009

kucing Letot

Seperti selalu, saya dengan jayanya menghangitkan nasi di atas dapur. Kalau arwah ibu masih ada, kucing letot lah gelaran yang selalu dan akan diberikan kepada saya. Apa daya saya, saya memang tak betah duduk mengadap sesuatu lama-lama.
Nak tak nak saya akan ke sana ke mari. To kill the time kononnya. Dan akhirnya, saya yang 'terbunuh' dengan segala macam benda yang hangit di dalam kuali atau periuk. Kalau gulai, habis lemak santannya. Kalau menggoreng, habis rentung tak bersifat ikannya. Kalau menanak, habis hangit nasi sampai berkeraklah periuk itu sampai dua tiga minggu ke depan.
Dan saya mula takut hendak berkahwin. (Tak, jangan fikir. Fikir yang lain. Bukan hari ini)

Monday, February 9, 2009

Ucapan

Belum terlambat rasanya. Selamat datang Damia Zahra!

Saturday, February 7, 2009

mahu

Cuaca maha baik di luar. Tidak begitu panas dan tidak pula merintik hujan. Sabtu bagi saya adalah hari senyap.
Selepas subuh tadi saya sudah berkira-kira untuk keluar tapi kemudian gebar memanggil . Buka mata tepat pukul 1040 pagi. Mengemas rumah. Dan catatan harian saya yang menarik habis di situ :)
Hidup bujang memang banyak kelapangan. Banyak yang boleh diusahakan jika saya mahu melakukannya. Malangnya, saya manusia santai. Dan bila meniti usia yang kian bertambah ini, saya mula merasakan kembali betapa saya sudah begitu tidak 'bergerak'.
Jika terus begini, saya kira saya akan menjadi seorang perempuan nyanyuk yang comel. (Senang dipandang tapi menyusahkan!)
Dan, saya sebenarnya mahu. Mahu apa? Saya mahu sekali menjawab soalan itu!

Friday, February 6, 2009

memanusiakan manusia

Islam ini datang dengan mesej yang jelas. Membawa Tauhid ke dalam hidup manusia bagi menafikan segenap penghambaan yang tidak patut kepada mana-mana makhluk. Tingginya nilai mengimani di sini, Islam dari sudut itu mampu mengangkat manusia menjadi makhluk yang merdeka yang hanya tunduk kepada Yang Maha Kuasa, Maha Tinggi dan Maha Agung.
Islam dalam segenap hal, meletakkan manusia pada situasi yang adil dan patut. Melarang sebarang penyembahan dan perhambaan kepada yang lemah dan mempunyai kekurangan yang tidak dapat memberinya apa-apa faedah atau mudarat dan menyeru kepada penyerahan diri kepada yang benar-benar berkuasa menentukan hidupnya. Tuhannya, dan juga Penciptanya.
Justeru Pencipta ini adalah serba sempurna, penyerahan diri ini di titi atas dasar syariat yang diturunkan-Nya kepada manusia melalui perantara Rasul-rasul yang mulia dan terpercaya di kalangan manusia.
Syariat memberi guideline yang ampuh bagi melengkapkan penyerahan diri ini secara total. Kaifiat diterangkan dengan nyata bagi memberi kefahaman sebenar erti penghambaan diri kepada Yang Maha Tinggi ini.
Di dalam Islam tidak ada istilah Pencipta yang menzalimi ciptaan-Nya dengan membiarkan ia hidup tanpa sistem dan peraturan yang lengkap dan terperinci sebagaimana agama Hindu.
Di dalam syariat, Tuhan menggariskan peraturan-peraturan yang sangat manusiawi. Dalam erti kata lain, syariat ini bersesuaian dengan fitrah manusia itu sendiri. Syariat Islamiah tidak meminta seorang manusia untuk menjadi malaikat dalam usahanya menjadi hamba Allah yang taat. Begitu pun, ia tidak juga mendorong manusia untuk mengekalkan sikap kebinatangannya dalam banyak perkara walaupun dari sudut biologinya manusia itu juga mempunyai kehendak dan naluri haiwan.
Syariat di sini memanusiakan manusia. Menggariskan satu garisan penting di mana letaknya nilai sebagai manusia, di antara naluri dan kehendak jasad dan kehaiwanannya dan kehendak rohaninya yang lebih halus yang menginginkan pengertian hidup yang lebih tinggi. Maka jika seseorang benar-benar hendak menjadi seorang manusia maka dia hendaklah mengikut garis panduan yang telah tercatat dalam syariat.
Bermakna juga di sini, jika manusia cuba mencari panduan lain selain daripada syariat Allah S.W.T, maka dia menempah hidup sebagai makhluk yang bukan bersifat insan. Maka manusia bertukar menjadi binatang dalam menjalani hidupnya sehari-hari, bersikap menzalimi kerana dia sendiri sudah menzalimi dirinya dengan mengikut panduan hidup yang lain selain peraturan Tuhan.
Perlu diingat, zalim ini diertikan dalam konsep yang luas di dalam Islam. Asasnya, zalim disifatkan dengan meletakkan sesuatu pada tempat yang tidak sepatutnya. Maka syirik itu zalim, kerana menyembah dan menyerah kepada yang lemah sedangkan penyembahan dan penyerahan hanya layak kepada yang lebih kuat dan berkuasa kalau pun difikir secara logik.
Bersyukurlah kita kerana lahir di dalam Islam. Dan teruskan rasa syukur ini dengan benar-benar menghayati syariat dan mengamalkannya. Jika tidak, bukankah kita sudah menzalimi diri?

Tuesday, February 3, 2009

kembali

Saya kembali. Hari ini dengan perasaan bercampur setelah membelek e-mel2 dan meniti blog2 yang sekian lama saya pinggirkan dari pembacaan. Ya, saya mahu sekali menulis sebelum ini. Istilah time constraint bukan satu description yang kena kepada saya. Saya sibuk, tetapi belum begitu sibuk jika mahu dibandingkan dengan yang lain.
Petang tadi, saya membelek e-mel2 dengan satu perasaan berbeza. Satu e-mel yang diulang hantar kepada saya, menggambarkan satu kawasan lapang yang didirikan masjid tanpa bumbung. Gambar, bagi yang mahu mengerti selalunya bisa menceritakan tanpa perlu disuarakan. Kerana itu saya rasa, kewartawanan bergambar itu mempunyai impaknya sendiri dalam masyarakat. Mesej, jika kena caranya sangat mencerahkan hati untuk berfikir.
Begitu juga kesannya kepada saya pada gambar masjid tersebut. Di tengah hari, masjid berkenaan diimarahkan tanpa mengira panas yang menyengat. Sedang kita di sini, dengan masjid berkilauan di atas air, serba lengkap dengan kemudahan untuk berjemaah, masih lagi masjid menjadi ruang sepi dan kosong safnya.
Intense.
Kedua hal yang lebih meruntun hati, sebahagian teks ucapan pemimpin Hamas yang meninggal dunia dibom beberapa tahun lalu, Sheikh Ahmad Yassin. Rayuan beliau adalah kepada bangsa Arab sendiri yang rela menjadi batu daripada bertindak.
Sheikh Ahmad Yassin bertanya di dalam ucapannya yang menyayat hati: adakah bangsa Arab ini sudah dihinggapi penyakit sepertinya (Sheikh Ahmad Yassin ini berkerusi roda dan menghidapi pelbagai jenis penyakit) sehinggakan mereka begitu lemah dan tidak dapat berbuat apa2?
Suara individu Ahmad Yassin tidak mampu mengejutkan seluruh bangsa Arab yang lena. Apa yang dimintanya, adalah pertolongan daripada saudara-saudaranya. Yang mengaku sebangsa dan seagama.
Palestin. Bagi saya, isu ini tidak akan selesai selagi tidak diselesaikan oleh umat Islam sendiri. Malangnya, dalam ramainya jumlah penduduk dunia yang mengaku Islam dan bersaudara (khususnya ketika Ramadhan menjelma) kita masih lagi berharap kepada pertubuhan-pertubuhan dunia lain untuk memacakkan bendera damai di tengah kemelut berdarah Palestin.
Kita mengharapkan Obama, PBB dan negara-negara Eropah yang lain untuk menghentikan peperangan atas dasar kemanusiaan. Apakah Islam ini, dan persaudaraan yang diletak atas asas akidah ini tidak cukup 'manusiawi' untuk kita berdiri membela keluarga sendiri?
Bila mengenang kelemahan, saya terimbas kembali cerita kejatuhan Baghdad ke tanga n Monggol. Prof. Ali menceritakan kepada kami, betapa Baghdad ketika itu boleh diselamatkan, jika tidak kerana sikap penghuni kota itu sendiri yang menyerah kalah. Massacre terjadi di mana-mana. Namun, kezaliman yang mendatang perlu dihadapi dengan bersatu hati dan berani. Jika tidak, sejarah akan mengulang kembali cerita manusia bertindak seperti binatang di bumi Allah yang sepatutnya dimakmurkannya.
Mempertahankan agama itu penting. Mempertahankan darah saudara itu wajib. Maka atas alasan apa kita termangu begini?