Thursday, January 15, 2009

sikit

Saya pernah mendengar (atau membaca) sesuatu berkenaan ini: manusia yang boleh menulis dengan baik lazimnya bukan seorang orator yang baik dan juga sebaliknya. Jarang yang boleh memiliki keduanya sekaligus. Betul ya begini?

Tuesday, January 6, 2009

Ketuk-ketuk

Berkunci. Saya tidak boleh masuk tanpa kebenaran. Jika mahu perlu dipelawa. Jika mahu dipelawa perlu dikenali. Malangnya, saya cuma pembaca bayang. Membaca tetapi tidak dikenali.
Kebelakangan ini, saya sudah banyak menemukan blog yang berkunci. Blogger sudah mula merasakan bahang ancaman dari pelbagai pihak setelah bertahun-tahun menggunakan ruang siber sebagai platform untuk menulis sebebasnya.
Barangkali benar, kebebasan selalunya dibayar dengan harga yang tinggi. Kebanyakannya mahu bebas tetapi enggan membayar. Atau ragu-ragu untuk membayar. Mengambil risiko dalam hal seperti ini sememangnya menuntut lebih daripada sekadar keberanian menulis.
Saya fikir saya mengerti. Tetapi saya merasakan saya juga rugi. Mereka juga.