May it be an evening star
Shines down upon you
May it be when darkness falls
Your heart will be true
You walk a lonely road
Oh, how far you are from home
Mornie utúlië (darkness has come)
Believe and you will find your way
Mornie alantië (darkness has fallen)
A promise lives within you now
May it be shadows call
Will fly away
May it be your journey on
To light the day
When the night is overcome
You may rise to find the sun
Mornie utúlië (darkness has come)
Believe and you will find your way
Mornie alantië (darkness has fallen)
A promise lives within you now
A promise lives within you now
Monday, June 16, 2008
Thursday, June 12, 2008
Realiti seorang bintang batu
I'm through with standing in line to clubs we'll never get in
It's like the bottom of the ninth and
I'm never gonna win
This life hasn't turned out quite the way I want it to be
I want a brand new house on an episode of Cribs
And a bathroom I can play baseball in
And a king size tub big enough for ten plus me
I'll need a credit card that's got no limit
And a big black jet with a bedroom in it
Gonna join the mile high club
At thirty-seven thousand feet
I want a new tour bus full of old guitars
My own star on Hollywood Boulevard
Somewhere between Cher and James Dean is fine for me
I'm gonna trade this life for fortune and fameI'd even cut my hair and change my name
[CHORUS]
'Cause we all just wanna be big rockstars
And live in hilltop houses driving fifteen cars
The girls come easy and the drugs come cheapWe'll all stay skinny 'cause we just won't eat
And we'll hang out in the coolest bars
In the VIP with the movie starsEvery good gold digger's
Gonna wind up there
Every Playboy bunny
With her bleach blond hair
Hey hey I wanna be a rockstar
Hey hey I wanna be a rockstar
I'm gonna sing those songs that offend the censors
Gonna pop my pills from a pez dispenser
When they ask why I drink all day I'll say because I can
I'll get washed-up singers writing all my songs
Lip sync em every night so I don't get 'em wrong
Then listen to the fans tell me how damn good I am
I'm gonna trade this life for fortune and fame
I'd even cut my hair and change my name
It's like the bottom of the ninth and
I'm never gonna win
This life hasn't turned out quite the way I want it to be
I want a brand new house on an episode of Cribs
And a bathroom I can play baseball in
And a king size tub big enough for ten plus me
I'll need a credit card that's got no limit
And a big black jet with a bedroom in it
Gonna join the mile high club
At thirty-seven thousand feet
I want a new tour bus full of old guitars
My own star on Hollywood Boulevard
Somewhere between Cher and James Dean is fine for me
I'm gonna trade this life for fortune and fameI'd even cut my hair and change my name
[CHORUS]
'Cause we all just wanna be big rockstars
And live in hilltop houses driving fifteen cars
The girls come easy and the drugs come cheapWe'll all stay skinny 'cause we just won't eat
And we'll hang out in the coolest bars
In the VIP with the movie starsEvery good gold digger's
Gonna wind up there
Every Playboy bunny
With her bleach blond hair
Hey hey I wanna be a rockstar
Hey hey I wanna be a rockstar
I'm gonna sing those songs that offend the censors
Gonna pop my pills from a pez dispenser
When they ask why I drink all day I'll say because I can
I'll get washed-up singers writing all my songs
Lip sync em every night so I don't get 'em wrong
Then listen to the fans tell me how damn good I am
I'm gonna trade this life for fortune and fame
I'd even cut my hair and change my name
Monday, June 9, 2008
Weekend syndrome
Sejak dua menjak ini, saya dilanda weekend syndrome. Kurang selera makan khususnya bila sy menjadi satu-satunya penunggu gua 280 ini di hujung minggu. Lantas 2- 3 hari lepas bangun sahaja dari tidur saya segera melompat ke atas mesin timbang. Benarlah, berat saya sudah menurun. Untuk 2 minggu ini sudah kurang tiga kilogram.
Kalau saya manusia yang obses untuk menurunkan berat badan, tentu ketika melihat hasil di timbang itu saya sudah melonjak gembira. Maklumlah, definisi orang sekarang (yang sudah lama saya sedari) cantik itu perlu mengikut liku tubuh model yang berjalan kucing di atas pentas. Itu kalau saya obses dengan definisi kecantikan fizikal laungan media cetak dan elektronik. Malangnya, saya tidak.
Dalam jangka masa ini, saya banyak bergantung hidup kepada jus, roti dan susu. Sahabat saya ketawa di hujung talian bila saya memberitahukan dietry saya yang baru ini. 'Westernnya,' dia menggiat. Saya menggaru kepala yang tidak gatal, apa boleh buat, itu saja yang mampu saya masukkan ke tekak bila keadaan jadi begini.
Saya kurang daya memujuk tunas rasa dan semalam selapas berhari-hari tidak menjamah nasi, saya mengajak seorang kawan lagi ke Old Town. Pesanan roti dan ice-blended mocha diletak dia atas meja. Sambil2 bercerita tentang gunung dan air terjun, ular dan tasik saya mengalas perut dengan toast.
Wai sibuk bercerita tentang Stong dan aktiviti mendaki, ikan air tawar dan umpan di tasik. Saya mendengar, sesekali bertanya dan mencelah. Saya teringatkan ular alir yang bisa yang pernah singgah di belakang rumah, juga ular air yang selalu membuat saya fobia. Malangnya, cerita2 menarik juga tidak mampu membuka selera makan saya. Setengah toast saya yang berlebihan saya letakkan di piring Wai.
Pulang ke rumah, sebelah badan saya mula menggigil aneh. Menjelang tengah malam, gigilan masih terasa menandakan saya sudah melanggar pantang nombor 2 dalam pemakanan saya. Keffein. Maka sepanjang malam, saya didera dengan mata yang tidak mahu lena sepenuhnya dan gigil yang tidak kunjung reda santak ke pagi. Ah, saya perlu tampal di dahi untuk larangan nombor 2 ini!
Saturday, June 7, 2008
Panggilan
Semalam saya menerima panggilan daripada seorang kenalan yang berpangkat 'adik-adik' kepada saya. Di hujung talian, dia memberi komen yang dia sungguh tidak berpuas hati dengan sikap saya. Katanya, saya selalu bersikap aloof, suka lari daripada pertanyaan, suka memberi jawapan yang tidak berkaitan.
Saya tersenyum cuma di hujung talian, memberikan ruang kepada 'adik' ini untuk meluahkan rasa. Sepanjang perbualan saya cuba menyelit-nyelit juga tetapi nyata dia gagal memberi saya ruang. Sikapnya itu sekali lagi membuat saya tersenyum dan apabila tidak tertahan, saya ketawa.
Dalam jawapan kepada seluruh pertanyaannya, saya memberikan nasihat berdasarkan pengalaman. Ya, apalah yang ada pada saya selain pengalaman dan juga sedikit ilmu yang saya kutip di sana-sini. Sikap tergesa-gesa dalam membuat kesimpulan memang kurang saya gemari. Dan sebenarnya, walaupun saya boleh dibawa bergurau (yang kadang2 saya sendiri melampau) hal-hal yang remeh-temeh jarang mahu saya beri perhatian.
Rencah hidup, tidak semua perkara boleh kita beri perhatian. Maka kita lebih selektif. Dalam hal 'adik' ini, pertanyaan yang diajukan saya anggap kurang penting, maka saya berdiam diri sahaja tentangnya. Apalagi kalau pertanyaan seperti ini adalah sejenis pertanyaan yang bercambah. Dijawab satu akan timbul dua atau tiga lagi yang berekor di belakangnya. Bukan satu closed ended question yang saya gemari.
Terkemudian, 'adik' ini memberitahu hasratnya untuk berkahwin awal. Sekali lagi saya tersenyum. Dia beralasan kursus yang diambilnya sangat memberatkan fikiran, maka dia perlukan teman.
Dari satu sudut, memang saya akui hal tersebut. Akan tetapi, dengan keadaan sikapnya yang masih keanak-anakan, mudah merajuk dan kurang mahu menerima pendapat, saya rasa kapasitinya untuk menerima tekanan dan tanggungjawab sebagai seorang suami adalah masih diparas minima.
Dalam keadaan ini, dia mahu menyelesaikan tekanan dengan mengambil tanggungjawab yang lebih berat. Mungkin ada yang berpendapat, dia sebagai manusia boleh belajar dan institusi perkahwinan itu sendiri akan merobahnya, tetapi siapa yang bakal menanggung anak isterinya nanti sedangkan dia masih belajar?
Tentu, rezeki Tuhan ada di mana-mana. Malangnya, sepanjang saya di kampus, perkahwinan yang suci ini akhirnya dijadikan alasan kepada pelbagai masalah keluarga termasuk kewangan. Masing-masing akhirnya menyedari cinta sahaja tidak cukup untuk meneguhkan ikatan perkahwinan yang telah dimeterai. Dan paling malang lagi, masalah kewangan ini kemudiannya disandarkan kepada keluarga sebelah isteri dan suami masing2 bagi menampung keperluan hidup yang mendesak.
Lantas apalah ertinya perkahwinan jika si suami sebenarnya tidak mampu menyediakan nafkah kepada si isteri? Perkahwinan bukan sekadar memenuhi keperluan biologi manusia. Ia adalah satu bentuk tanggungjawab di dalam kontrak kasih dan cinta kepada Allah. Cinta kepada Allah memerlukan kita memenuhi suruhan-Nya sedaya upaya. Dan di dalam konteks perkahwinan seperti ini, di manakah letaknya penyempurnaan suruhan Allah itu?
Thursday, June 5, 2008
gas panic
Semalam saya mula rasa lapar lalu memaksa kaki keluar rumah untuk 'berburu'. Waktu sudah menunjukkan pukul 7 malam, dan itulah pertama kali saya lihat stesen minyak begitu sesak mengalahkan malam-malam musim perayaan. Bersusun-susun kereta singgah di stesen minyak, mengejar harga lama petrol yang bakal mansuh menjelang tengah malam.
Menjengah masuk ke dalam kedai mesra, kerani di kaunter sudah senyum2 mengira duit. Di luar, pemandu2 menunggu dengan muka pelbagai rasa. Masing2 saya rasa sudah menjangka bermacam hal untuk 2-3 minggu ke depan. Harga barang bakal naik lagi, bagi yang berpendapatan rendah, ini seksa dunia yang paling dekat mahu menghantuk kepala mereka.
Ada yang sibuk menyuruh berjimat. Bagi saya, kalau pendapatan RM 1000 ke bawah sebulan dan punya tanggungan anak2 yang ramai, nasihat berjimat bukanlah untuk mereka. Hidup mereka memang sedia susah, tiada yang mewah2.
Kenaikan harga barang sebegini, bagi manusia yang bujang dan tidak punya tanggungan seperti saya tidaklah begitu menyeksakan. Gaji saya mencukupi untuk menyara hidup saya seorang. Tetapi bukan semua orang seperti kes saya. Subsidi yang dicadangkan itu pun belum dapat mengubat resah di hati rakyat Malaysia.
Jika ini berterusan, kemelesetan boleh berlaku. Pasaran dilambakkan dengan barangan walaupun pembelinya semakin berkurang. Pengguna yang punya kuasa beli yang kecil tentulah lebih berhati-hati dalam memilih apa yang perlu bagi mereka.
Berita buruk bagi syarikat-syarikat kecil yang rata-ratanya milik tempatan. Keadaan ekonomi akan memaksa syarikat kecil bersaing mempromosi barangan mereka dengan lebih gigih maklumlah lawan mereka syarikat multinasional. Yang tidak seronoknya, pertandingan seperti ini berat sebelah.
Betul-betul survival for the fittest. Modal kecil mahu melawan yang besar, jarang sangat yang boleh selamat dalam jangka masa panjang.
Ah, bicara ekonomi pulak saya! Maaf la ya?
Tuesday, June 3, 2008
teringat semasa dulu
Hari ini saya teringat semula akan kisah Firaun. Mesir purba pada ketika itu tentulah satu kerajaan yang kuat dan makmur dari sudut ekonominya dan pembangunan teknologinya adalah antara yang terhebat dibuktikan melalui kemegahan senibina kuil-kuil dan juga makam-makam diraja yang masih kukuh hingga hari ini.
Saya pasti Firaun sebagai raja tentulah merasa bangga dengan segala nikmat kemajuan yang diberikan Tuhan kepadanya. Tanah yang subur, Sungai Nil sebagai rahmat yang tidak terhingga kepada negeri yang diairinya menjadikan wilayah yang didiami penduduk begitu maju dalam sektor pertanian. Satu gambaran sempurna bagi sebuah negara yang maju.
Namun, Firaun membuat kesilapan demi kesilapan yang tidak harus dilakukan oleh seseorang yang bergelar hamba Tuhan. Dia seorang raja yang zalim, menzalimi rakyatnya dengan pelbagai penindasan yang sungguh tidak berperikemanusiaan. Paling teruk dibantai ialah Bani Israil. Rakyat hidup di dalam ketakutan kerana polisi perkauman Firaun yang berat sebelah dan malangnya, tiada pemimpin dan penasihat kerajaan yang mampu mengangkat muka menasihatinya.
Dan sebagaimana biasa, dosa yang dilakukan berulang menutup hati untuk menerima cahaya hidayah. Firaun terus-terusan tersesat di dalam limpahan kemewahan yang dicurah ke atasnya. Lupa kepada Tuhan yang mengujinya dengan kemewahan, Firaun menyelam lebih dalam lagi di dalam selut dosa hingga sanggup mengaku dirinya tuhan.
Syukur rakyat perlu kepadanya. Taat dan sembah takzim manusia hanya di kakinya bukan kepada satu entiti lain yang jauh lebih berkuasa kerana kemakmuran negeri hanya akan dapat dikecapi kerana dia yang menduduki takhta. Bukan yang lain.
Firaun yang diakui kebijaksanaannya mentadbir negara membuat satu kesilapan logik yang paling tidak boleh dimaafkan: makhluk dan Tuhan adalah entiti yang sama. Takbur Firaun mengatasi segalanya sehingga menganggap hidup dan mati manusia juga di tangannya.
Dan di akhir cerita, sikap melampaui batas menerima hukuman yang sewajarnya. Firaun dan tenteranya diazab Allah dengan menenggelamkannya di laut. Keangkuhan Firuan ditundukkan oleh air laut dan Firaun menyedari kesilapannya walaupun sudah begitu terlambat. Kisah ini hanya salah satu daripada kisah yang diceritakan oleh Al-Quran sebagai teladan.
Tuan-tuan, tamadun yang dibina bukan dari asas takwa memang mengerikan. Pembangunan material yang tidak disuburkan dengan benih iman adalah bencana yang membentuk dari semasa ke semasa yang akhirnya hanya membawa petaka dahsyat kepada masyarakat yang mengagungkannya. Perlu diingat petaka tidak selalunya datang dengan cambuk pada awal kehadirannya. Ia bermula dengan segala kemanisan dunia dan dalam pelbagai bentuk pula.
Justeru, berhati-hatilah dalam menghadapi kesenangan dan jangan pula mudah melatah ketika kesusahan muncul di depan muka kita. Perlu diingat, segala yang berlaku adalah daripada Tuhan, Penyebab Utama bagi setiap perkara. Bongkak dan rasa tinggi diri selalunya mengaburi mata dan hati bagi melihat dan menerima fakta ini. Sebagaimana yang terjadi kepada Firaun. Nauzubillahi min zalik.
Ah, lama menulis, saya kelaparan. Jumpa lagi!
Monday, June 2, 2008
Pahit
Saya ingin mencari satu lagu untuk tema hari ini kerana saya begitu malas hendak menulis. Malangnya, tiada lirik yang boleh menggambarkan secara tepat apa yang sudah berlaku dalam 2-3 hari ini. Kalau pagi tadi saya sudah mula menulis, saya yakin saya dapat mencari lirik yang sesuai.
Tapi begini pun elok juga, melayani perasaan bukan kegemaran saya. Sementelahan sekarang keadaan sudah jauh berbeza. Saya bukan lagi saya yang berumur 23 tahun, yang muda segala-galanya. Sudah banyak yang saya tempuhi, lewati dan rasai dalam usia melebihi suku abad ini. Pengalaman yang pelbagai rasa itu tentunya punya pengajaran dan hikmahnya yang tersendiri. Hukum dunia, tiada yang kekal.
Kadang-kadang saya tersampuk, terjatuh dan saya seperti orang lain, pernah tersungkur. Pahit hidup ini, kalau tidak dikuatkan iman memang menjadi racun yang sangat membunuh semangat. Pahit itu kadang-kadang dirasai dalam tempoh yang panjang dan memang merimaskan sesiapa sahaja yang tertelan. Ada yang mengambil masa yang singkat untuk menghilangkan rasa kurang enak tersebut dan ada juga yang menanggungnya sepanjang hayat.
Akan tetapi, bak kata orang, pahit juga boleh menjadi ubat. Ubat kepada ketidakinsafan, kelalaian dan juga kementahan. Jika kita mampu melihat ujian dari sudut ini, bagi saya ia akan lebih melegakan. Di sini, kepahitan menjadi pengalaman berharga buat kita.
Nasihat untuk diri sendiri =) Jika kalian rasakan berguna boleh juga diambil untuk diri sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)