Saturday, May 17, 2008

senyum

Lupakan. Lupa itu juga nikmat Tuhan. Ada ruangnya ia berfungsi dengan begitu hebat, maka kau boleh tersenyum kembali. Dan hidup juga menjadi lebih tenang, dan kau boleh menyambut kembali mentari, bayu dan embun dengan rasa syukur yang tidak sedikit.
Perlu kau ingat dunia ini berputar setiap detik membawa pelbagai perkara baru ke ribaanmu. Kerana masa tu sendiri makhluk Tuhan, maka baru itu sendiri adalah sifatnya. Kecewa bertali itu jangan dilayani, hanya menyesakkan nafas, menyempitkan dada dan menerajang jauh ketenangan yang kau isi di dalam hati. Rasa bersalah perlu tetapi perkara yang berlalu bukan lagi di dalam genggaman sesiapa.
Perlu kau tahu, hari ini masih dalam genggaman. Ribuan minit itu sendiri dijadikan Tuhan untuk membawa maksud berusaha membuat yang terbaik. Biarkan ia berlalu tanpa kebaikan, sia-sialah minit yang tidak kembali itu, jauh tidak tergapai lagi.

2 comments:

shahbandarmalakat said...

teruskan meluahkan padangan andah terhadap kejelekan yang berlaku dalam masyarakat Melayu Islam.Semuga ada yang sedar dan kembali bersama sam membetulkan hala tuju masing masing.

aryshdanea said...

insya allah :)