Saya mahu melihat pantai, awan dan langit.
Rasanya memang sudah terlalu lama saya tidak bercuti kerana setiap kali saya sepatutnya bercuti, saya tidak pula bercuti. Tanggungjawab menuntut saya 'bekerja' untuk yang tersayang. Tidak, saya tidak merungut apatah lagi untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Semuanya saya terima dengan rela hati kerana 'bekerja' untuk yang tersayang itu adalah satu pengalaman yang berharga buat saya.
Dalam seminggu ini, kakak saya sudah beberapa kali menelefon, mohon diberitahu kapan saya mahu pulang ke kampung. Mahu berkumpul adik-beradik, kalau tidak rumah arwah mak memang akan terlalu sunyi. Saya bercadang mahu buat majlis makan2 sesama kami. Sudah lama kami tidak berkumpul dan makan2 bersama. Komitmen menghalang kami berkumpul selalu.
Walaupun kampung saya bukanlah sejauh mana daripada daerah tempat saya bekerja tetapi pulang ke kampung juga mengambil masa yang lama. Silap2 haribulan saya boleh lembik sebelum sampai ke rumah lagi. Lembik itulah yang selalu buat saya berfikir 7-8 kali mahu pulang. Kalau asyik tertidur di rumah pun tak ada gunanya, tujuan saya pulang hendak bermesra dengan ahli keluarga yang semakin sedikit ni tidak tercapai.
Malam ini, bakal jadi malam bersejarah saya memecah tradisi keluarga menjadi bridesmaid. Saya SANGAT SEGAN! Selalunya dalam apa2 majlis perkahwinan pun saya jarang duduk di hadapan. Semasa kakak saya berkahwin, saya cuma boleh serta makan2 bersama pengantin, pastu cabut basuh pinggan. Lebih rela begitu. I never liked the lens flares. Owh, please!
2 comments:
Tak apa lah...bila lagi nak belajar jadi pengantin...
:) nak jadi pengantin x perlu belajar kot? bila sampai masa akan segan juga duduk di depan orang ramai, diperhatikan gerak geri. Haha kawan saya serba tidak kena dibuatnya. Dan saya sendiri tidak membantu, asyik dengan lauk pengantin.
Post a Comment