Wednesday, April 30, 2008

msg

Malam-malam saya jarang lena. Menjelang subuh tadi, saya sudah terjaga dua tiga kali. Tepat 5.30 pagi, sahabat saya memberitahu bahawa dia sudah menyambut orang baru dalam hidupnya. Bahagia sekali. Dalam hening pagi, saya mendoakan kesejahteraan mereka dua beranak. Amin.

Monday, April 28, 2008

tahun..tahun..(ah, saya sudah tua)

Berpetang-petang. Bermalas-malas. Malam ini saya membelek e-mail2 lama bermula sejak tahun 2001. Banyak sungguh kenangan walaupun hanya pada sepucuk e-mail yang saya kira sudah 7 tahun saya simpan. Dalam hidup, perkara-perkara kecil seperti inilah yang kadang-kadang lebih mewarnakan hari-hari kita. Bukan setakat terhad pada hari pertama kita 'bertemu' dengan perkara tersebut tetapi kadang2 ia memberi satu impak yang berpanjangan. Saya ketawa di depan skrin membaca e-mail2 yang begitu menggeletek hati. Balasan daripada saya pun masih ada tersimpan rapi. Dulu saya memang remaja gila-gila. Lihat saja pada cara saya membalas e-mail kawan2 dengan nada yang begitu muda =) Selain e-mail bertulis, saya jumpai gambar2 lama, yang diberikan beberapa tahun dahulu. Juga masih saya simpan. Masih saya tatap. Masih saya ingati. Insan-insan yang pernah hadir dalam hidup saya hampir kesemuanya unik dan istimewa. Dengan cara mereka sendiri. Cerita hidup saya barangkali sama saja dengan kalian di luar sana, tetapi ingatan pada sesetengah perkara tetap istimewa bagi kita.

Sunday, April 27, 2008

Dia

Semalam saya ke rumahnya. DIA menyambut kedatangan saya bagai seorang emak, wajah berseri dengan senyuman yang sungguh ikhlas. Saya sudah lama tidak bertandang, kesibukan dan halangan-halangan yang lain menyekat saya dari mengunjunginya selalu. Beberapa hari lalu, saya menghubungi. Dia nampaknya sibuk dengan tetamu tetapi dengan senang hati memanjangkan bicara dengan saya di telefon. Menasihatkan. Memberi panduan sebagaimana layaknyanya seorang ibu. DIA saya kenal dari kecil. Rutin harian saya yang bertandang sepanjang hari ke rumahnya menjadikan saya begitu rapat dan mesra dengannya. Warna-warna hidup saya semasa kecil, DIA sebahagian darinya.
Bertandang ke rumahnya, saya sering dijamu bermacam-macam jenis makanan pembuka selera. DIa tidak lupakan kegemaran saya sehingga hari ini. Membawa sepiring lauk dari dapur, sebaik saja saya melangkah masuk ke rumahnya. Sungguh saya terharu. Saya yang sudah ketiadaan ibu, layanan seperti ini tentulah amat menyentuh hati. Ya, pertemuan ini memberi kesan emosi yang bukan sedikit kepada saya. Namun, sebagai manusia, saya perlu reda dengan ujian-NYA.

Thursday, April 24, 2008

Sikap

Pulang dari tempat kerja masih lagi dengan agenda yang sama di dalam kereta. Ya, manusia ini topografi sikapnya hampir tidak unik. Tiada yang baru sejak dari Adam bernafas hingga sekarang. Tapi, emosi manusia tetap tersentuh dengan bermacam-macam lagak manusia. Tidak baru bagi kita, dalam erti kata, hal itu sudah selalu diulang-ulang oleh mulut orang atau setidak-tidaknya dalam majlis tazkirah agama. Siapa yang lebih kenal manusia selain Tuhan? Garis-garis sikap yang diceritakan adalah fakta tentang manusia itu sendiri. Quran sudah menceritakan. Sirah Nabi-nabi menterjemahkan dalam bentuk contoh yang nyata.
Saya akui saya bosan dengan sesetengah sikap yang menjengkelkan. Saya akui saya hilang sabar kadang kala dengan perilaku yang maha mengada-ngada. Tapi ya, sahabat saya sering mengingatkan, itulah dunia. Kau tidak tinggal di syurga. Belum lagi. Insya Allah. Dan hati saya jadi tenang kembali.

Saturday, January 12, 2008

serba serbi

Sudah lama saya tidak menulis. saya mati rasa, jadi lebih baik saya jangan mencuba-cuba menulis. Bimbang yang keluar hanya ayat-ayat kecewa yang membosankan dan akhirnya hanya akan memakan diri. Saya bukan romantis. Cumanya saya ini sangat nostalgik. setiap peristiwa dikenang dalam new frame yang kadang-kadang memang membuang masa saya sendiri. kalian sendiri bagaimana? Nostalgik?
sehari lepas saya bercuti sakit. lagi. kali ini yang sakit ialah saya. rakan serumah terkejut saya bangun bukan untuk pergi kerja seperti biasa, tetapi untuk memberitahunya saya perlu bercuti sakit. Tapi syukur dia tidak bertanya banyak. saya pon tidak dapat memberikan penerangan jelas jika dia berlagak wartawan. Tapi ya, saya perlu pulang. sakit kali ini rasanya luar biasa. Jadi saya perlu bertindak cepat. Sekurang-kurangnya rasa hati saya begitu.
pulang memberi jawapan bagi saya. memang betullah agakan saya. manusia takkan berpuas hati dengan kita. walau apa pun yg kita buat. tapi saya bersyukur kepada Tuhan kerana masih memelihara saya. Syukur.

Wednesday, December 12, 2007

lata iskandar in view

They're gonna clean up your looksWith all the lies in the booksTo make a citizen out of youBecause they sleep with a gunAnd keep an eye on you, sonSo they can watch all the things you do
Because the drugs never workThey're gonna give you a smirk'Cause they got methods of keeping you cleanThey're gonna rip up your heads,Your aspirations to shredsAnother cog in the murder machine
They said all teenagers scare the living shit out of meThey could care less as long as someone'll bleedSo darken your clothes or strike a violent poseMaybe they'll leave you alone, but not me
The boys and girls in the cliqueThe awful names that they stickYou're never gonna fit in much, kidBut if you're troubled and hurtWhat you got under your shirtWill make them pay for the things that they did
They said all teenagers scare the living shit out of meThey could care less as long as someone'll bleedSo darken your clothes or strike a violent poseMaybe they'll leave you alone, but not me
Ohhh yeah!

Wednesday, November 28, 2007