Wednesday, November 3, 2010

Damn right!

If there is one lesson which history has taught us, it is the fundamental importance of will power, as much for nations as for individuals, and in every circumstance of life, great or small. Greek civilization ended in failure, not because of the lack of intelligence, but because of the lack of character, of morality!” - George Sarton, petikan buku Introduction to the History of Science.

Nothing is sweeter than the truth. And nothing is more bitter than it.

Credit to Saifulislam.com

Hidup beragama

Semakin jauh perjalanan semakin kita mengerti bahawa untuk menjadi baik itu susah. Untuk menang syurga itu sukar. Kalau tidak dengan istiqomah. Kalau tidak dengan iman. Kalau tidak dengan sabar. Di masa remaja, kita hanya mengetahui hal ini diungkap dari mulut yang lebih tua, buku-buku dan paling ringkas dalam mutiara kata di majalah.

Pengalaman hidup kemudian mengajar, sekaligus mengingatkan kita kembali kepada apa yang pernah kita dengar dan pelajari. Hidup ini satu medan perang yang rumit kalaupun tidak panjang. Memerhati untuk merasai, untuk memahami dan untuk mempelajari sebenarnya bukan proses yang mudah. Kita melakukan kesilapan demi kesilapan, dan hampir semua kesilapan itu adalah sama.

Itulah lalai.

Teringat saya, susah senang itu ujian. Apa sahaja yang dihadapi kita dulu, kini dan akan datang adalah semua bentuk ujian yang diberi oleh Allah kepada kita. Didatangkan kepada kita masalah hasad, sombong, mengadu domba dan segala rencam perkara ke ribaan kita yang selalu membuat mulut menyebut dan bertanya : kenapa?

Jawapannya sudah ada. Solusinya juga sudah ada. Gambaran manusia itu selalunya jelik. Tetapi manusia juga makhluk istimewa yang boleh menjadi lebih baik daripada malaikat. Allah meletakkan pilihan kepada manusia.

Saya berkata selalu kepada diri, pilihlah yang betul dan istiqomah. pengalaman saya bahagian kedua itu memang sukar!

Saturday, October 30, 2010

Menjelang tiga puluh

How time flies!

Saya sebenarnya rasa ditinggalkan masa. Beberapa hari ini saya kembali menjadi nostalgik. Betapa yang dirasakan baru itu sebenarnya sudah lama. Sudah bertahun dan kini saya sudah berjalan begitu jauh.

Manusia berubah. Klise tapi benar. Begitupun saya tidak tahu cara yang tepat untuk mengukur perubahan diri. Atau barangkali saya masih kekal seperti dulu?

Friday, October 22, 2010

benar

Diam dan senyap itu lebih baik.

Itu benar.

Sunday, October 3, 2010

orang kata..

Orang kata jika mahu sesuatu berubah mulalah mengubah daripada dalam diri kita dahulu. Pernah saya terbaca katanya kebaikan itu berjangkit. Akan menjangkiti sesiapa yang melihat dan merasa.

Tapi bagi saya bukan dalam semua situasi. Ada yang melihat tetapi melihat sekadar dengan mata tidak diproses di dalam hati. Tidak disertakan dengan perbuatan. Sebagaimana yang selalu kita lakukan setiap hari. Akhirnya, yang hanya kita nampak ialah kesalahan dan kesilapan orang. Habis diumpat, nafsu pun berpuas hati.

Hati jadi tambah gelap, cahaya makin malap.

Saturday, October 2, 2010

Karya nan indah

Nasyid selalu membuat saya menangis. Ini salah satu daripadanya.

Jika diizinkan

Jika diizinkan tahun depan saya bertukar angin. Mengakhiri episod perjalanan suami yang hampir setiap hujung minggu berulang dari Klang ke mari. Kisah biasa bagi keluarga yang tinggal berasingan.

Bukan mudah. Dan bukan senang apabila sudah mempunyai cahaya mata. Jadi jika diizinkan saya mahu pergi. Suami saya sudah berkorban, jadi kini giliran saya pula untuk membuat sesuatu untuk keluarga kami.

Kerana sayang itu sebahagiannya adalah pengorbanan. Saya baru sahaja membuang layout lama. Masa untuk berubah :)