Tuesday, November 10, 2009

Kerja

Datang bekerja dalam 2 minggu ke hadapan ini hanya untuk goyang kaki dan menunggu gaji? Mimpi indah setiap kakitangan yang sampai bila pun tidak akan jadi kenyataan.

Selamat bekerja!

Saturday, November 7, 2009

Pagi

Zaman berubah. Masa berlalu. Umur bertambah. Jauh perjalanan dan di sepanjangnya ada wajah-wajah yang tidak saya temukan lagi. Saya menaip beberapa nama yang terlintas di fikiran: nama-nama yang pernah muncul dalam hidup saya kecil hingga menapak tingkat remaja dan akhirnya ketika saya menjejak dewasa.

Bagaimana mereka ini dewasa? Bagaimana saya sendiri dewasa?

Wednesday, November 4, 2009

kicap

Makcik A : Eh, kenapa makan kicap? Nanti anak hitam..
Saya : Biarlah hitam, asal hatinya baik.
Cik Kak B: Tak dapat lagi boleh la cakap camtu..

Sengih. Putih memang idola di mana-mana. Kalau kamu hitam, kamu buruk. Malanglah nasib ibu yang melahirkan kamu.

Tapi apa yang selalu kita lupa, putih itu pentingnya di hati dan bukan sekadar di kulit.

rumah sakit

Dan sakit menjadi teman serta peringatan.

Sunday, October 4, 2009

Kuih raya

Wow, kuih raya di rumah ni lajak banyak! Seminggu ini, saya tidak peduli langsung ke sudut tepi kabinet tetapi hari ini saya rasa saya sudah termasuk dalam golongan membazir. Syawal sudah berlalu beberapa minggu, kuih saya masih tidak luak. Mahu dimakan seorang? Huh!

Menyesal pula membelinya. Dalam seminggu ini saya tidak mungkin boleh menghabiskannya, nampaknya perlulah saya membawa berdikit-dikit ke sekolah. Kalau nak diharapkan orang datang beraya, rumah saya memang tidak popular.

Hehehe.. maklumlah pintu selalu berkunci, tingkap selalu bertutup. Mahu diapakan, rumah saya di tepi jalan. Mahu dibuka selalu, bermakna saya terpaksa menutup kepala sepanjang waktu di rumah. Mana tahan. Kalau ada yang cuba-cuba memberi salam, barulah saya membuka pintu.

Mungkin ramai yang menyangka saya tidak ada di rumah. Maklum aja lah rumah ini serba sunyi, tv pun tak ada. Yang ada cuma saya, Belang, Putih, Ichigo dan Apon. Selain saya, keempat-empat yang lain cuma boleh mengiau, tak boleh bercakap! Apapun belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat hari raya untuk semua, maaf atas segala kesilapan yang pernah saya lakukan, semoga hari mendatang menjadi hari yang lebih gembira bagi semua.

Chow dulu, assalamualaikum

Monday, September 7, 2009

1

Jika sakit saya akan cuba membayangkan sesuatu di luar dari kawasan kesakitan. Sakit ini memenatkan, perasaan dan badan. Saya baru menyedari sakit bersendirian memang menyeksakan. Seorang itu bukan perkara yang asing bagi saya.
Barangkali benar, saya sudah tidak immune. Berita buruk bagi saya. Juga bagi orang lain. Saya mahu sekali memecahkan monotoni berpanjangan seperti ini, mengandaikan saya boleh melakukan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini.
Dunia ini sedemikian luas, kenapa saya berkisar di satu titik yang sama?