Monday, October 24, 2011

Satu perjalanan yang panjang

Kadang-kadang hidup penuh dengan ketidakmunasabahan. Dan kita cuba sedaya upaya untuk memahaminya tetapi gagal. Saya fikir itulah ujian. Kita cuba menyelesaikan perkara tanpa memandang sumbernya. Dan kita akhirnya menganggap masalah itu adalah orang, keadaan dan kelemahan tersebut.

Kemudian di belakang hari kita tertanya-tanya adakah kita cuba menyelesaikan masalah dengan cara yang kurang tepat?

Kita berusaha menangani tanpa berdoa. Malah kita lupa bahawa ujian itu sumbernya dari Allah. Saya selalu terlupa kerana memandang sumbernya ialah orang, keadaan dan kelemahan samada dari saya sendiri atau orang lain. Saya berusaha untuk membetulkan tanpa berdoa. Maka saya gagal.

Jadi itulah masalahnya.

Saturday, October 1, 2011

apa yang saya mahu

above all saya mahu sihat. Mahu kuat supaya senang menjalani hidup seharian

Saturday, September 10, 2011

telus

Saya tidak menyesal. Tiada yang saya rindukan tentang hal yang berlalu.
Tiada apa yang mahu dikenang-kenang kecuali persahabatan tulus dan telus :)

Friday, August 26, 2011

the room for improvement

wow, lamanya saya tidak menulis!

Hidup saya berubah 180 darjah. Saya sibuk. So bye-bye serenity itu betul. Sebagaimana jangkaan saya. I was struggling to be on the safe spot b ut still that didnt really work :)

Jadi hidup ini mengajar saya lagi. Membuka horizon fikiran saya seinci lagi. Untuk melihat semula ke dalam diri. Tuhan mahu saya improve. Jadi improving I should.

So that's what life's been teaching me. The room of improvement is still so very big and vast that i must fill it up with just about everything new. Determination isn't enough. Planning isn't enough. It is the will to accomplish what you planned is THAT TRICKY.

And that's my biggest problem. Now that i see it in much brighter way. And understanding that is invaluable information about myself. :)

Thursday, June 9, 2011

Sepanjang Jalan Kenangan

(Ini satu entri yang beremosi..agaknya)

Pagi-pagi lagi saya sudah buka peti sejuk. Menyusukan bayi menyebabkan saya terlalu dahaga dan mudah lapar. Di dalam peti cuma ada kek. Kek yang dibeli suami sempena ulangtahun perkahwinan hari Isnin lepas. Sudah 2 tahun kami berkahwin. Dalam jangka masa itu, banyak yang kami lalui. Yang dilalui itulah yang mengenalkan kita pada wajah peribadi masing-masing.

Pasangan kita adalah manusia biasa. Dalam kekurangan ada kelebihannya. Dari awal saya memang tidak mengharapkan yang bukan-bukan darinya. Cukuplah seadanya. Mudah, kan?

Saya selalu berfikir. Ujian pasti datang. Itulah hidup. Apa peliknya? Kita barangkali berasa goyah bila didatangi susah. Tapi itu kan sudah dijanjikan Tuhan? Ujian pasti datang. Cuma saya syukur, ujian yang datang itu saya lalui bersama suami yang memahami. Tulang belakang yang menambah kuat hati saya selepas Allah.

Saya bukan manusia romantik. Tapi sebagai isteri saya tetap menyayangi. Inilah saya, seadanya.



penghujung cuti

cas bateri untuk bersekolah.

CAS LAMA-LAMA!

Thursday, June 2, 2011

Warkah Ibu buat Adik

Assalamualaikum
Adik tidur jadi ibu tuliskan surat ini untuk Adik. Ibu tahu adik penat, biarlah adik tidur.
Adik tahu, setiap kali Ibu tengok Adik tidur, Ibu rasa sayu. Kasihan aja. Anak Ibu letih bermain sorang- sorang seminggu ni. Angkut barang sana sini, guling tak kira tempat tapi yang kagumnya, walaupun Adik bosan, Adik tak menangis. Apalagi meragam. Bila Ibu bercakap dengan Adik, Adik senyum saja walaupun Ibu tahu Adik memang bosan tak ada kawan nak bermain macam di rumah Ummi. Apa yang terdaya Adik buat ialah ikut Ibu ke mana aja Ibu pergi. Masak pun ikut, sidai kain di belakang rumah pun ikut. Tak pe lah, Ibu faham, Adik nak berkawan. Lagipun bahaya Adik main sorang-sorang kan?

Adik, kenapa susah sangat nak makan ya? Puas Ibu cuba macam-macam. Tak mahu juga makan. Bila Ibu google, barulah Ibu faham. Adik ni suka makan dengan kawan-kawan. Suka bermain sambil makan. Nampaknya lepas ni Ibu perlu lebih tumpuan pada adik supaya Adik dapat makan dan membesar dengan sempurna.

Sebenarnya, banyak yang Ibu nak tuliskan di sini. Tapi Muka Adik dah memanggil-manggil di dalam bilik sana. Kasihan pula Adik tidur sorang.

Ibu sayang Adik. Besar nanti jadi orang baik-baik ya? Jadi orang yang lebih baik daripada Ibu dan Ayah. Ibu akan selalu doakan kebaikan untuk Adik.

Sekian. Sayang Ibu untuk Adik.

Sunday, April 10, 2011

rimaukah?

Saya sangat penat. Jadi mahu rehat sahaja di rumah. Inilah yang dikatakan orang lari mulut rimau masuk mulut buaya

Saturday, April 2, 2011

Adik

Saya tak mahu tidur jadi saya di sini. Subuh makin dekat dan ini waktu paling sunyi dalam hidup saya sebelum matahari menampakkan diri.

Di sini, cuaca cukup panas. Kering dibuatnya. Anak menangis selalu kerana tidak tahan dengan cuaca. Mujur tidak demam. Oh ya! Hari ini hari lahir si kecil.

Selamat hari lahir, Adik! Ibu doakan adik hidup dalam redha Allah selama masih bernafas dan ditempatkan di dalam syurga bila adik sudah tiada. Tiada apa lagi yang Ibu minta dan doakan untuk adik. Itulah matlamat agung kita sebagai manusia.

Jangan terlalu meminta yang remeh-temeh. Hidup memang banyak permintaannya. Tapi bukan semuanya penting.Kan Adik?

Ibu sayang adik tau!

Friday, March 18, 2011

Apa?

Okay.. okay..

It's a stressful workplace. Everybody admitted it.
Saya sedang memikirkan tentang cara mengatasi itu semua.

Secara logiknya, with 6 to 7 hours working hour, how am I to accomplish just about everything? Orang optimis akan kata boleh. Let's do it! Orang penat dan rasional akan kata, well.. it's almost impossible, but that's that! Itulah hidup. Itulah kerja.

Jadi itulah kerja saya. Itulah kenyataannya. The whole school dwells in the deep pool of tense and everything runs in hurry. It's race against the time.

Saya barangkali lambat. Atau apa?




Friday, February 18, 2011

melayan minda kurang sihat

Orang kurang sihat (minda) jangan dilayan. Buat sakit hati aje.

Saya setuju. Kalau dinasihat tidak mahu terima, sikap membesar diri hai..kirim salam ajalah mahu didekati orang begini.

Pertama, buang masa.
Kedua, menyakitkan hati.

Dua-dua mendatangkan kerugian kepada kita.

Jika manusia tidak mahu berubah, mampukah kita merobah yang tidak mahu?

Mungkin ada yang akan menasihatkan, baca sirah Nabi.

Mengertikan makna sabar.

Saya sedang menggali-gali. Mencari-cari. Oh, rupanya dugaan sebegini Tuhan mahukan saya mencari. Mahukan saya mengerti. Dengan pasti. Itu isu utamanya. Bukan masalah si polan yang kurang sihat itu.

Thursday, February 10, 2011

kembali

Saya kembali. Entah untuk berapa lama. Saja-saja menjenguk. Jika ada apa-apa yang seronok.

Ada ke?

Sunday, December 5, 2010

sendirian

Masa yang cukup lapang tapi juga cukup sibuk untuk si kecil Imtiyaz. Saya di rumah sendirian. Hari-hari begini mengingatkan saya bahawa sebenarnya makhluk bernama perempuan sentiasa sibuk.

Barangkali yang paling sibuk ialah surirumah. Jangan dipandang enteng!Perjalanan hidup keluarga yang serba lancar dan kemas itu hasil pengurusan rapi si suri rumah yang sering dipandang kecil.

Salute saya pada wanita. Satu senyum untuk semua.

Friday, December 3, 2010

Bustle

Welcome bustle. Goodbye serenity.

Saya di tengah bandar, yang nampak seperti kampung.. tapi ya, bandar. Permohonan saya bertukar diluluskan. Apa maksudnya tu? Bagi saya maksudnya banyak. Mungkin sifat perempuan suka risau yang bukan-bukan. (Eh, tapi dalam satu buku tu ada kata semua orang nervous dengan suasana baru! So, phew i'm not alone and i'm not weird, okay?)

Jika saya kisahkan kebimbangan itu satu persatu, saya rasakan saya ini tidak bersyukur. Tapi ya, saya sedikit bimbang dengan banyak perkara.

Salam cuti untuk semua.

Monday, November 15, 2010

diluluskan

Saya bakal bertukar angin tahun hadapan. Doakan saya.

Sunday, November 14, 2010

zalim atau hak?

Mari kita cuba analisa yang ini.

' Apsal Mimi tak mahu layan abang? Nak masuk neraka ke? Camana pun kene bagi juga. Tak baca hadis ke? Letih bukan alasan. Setakat jaga anak, kemas rumah, basuh kain, masak, pergi kerja apalah sangat. Ni duit pengasuh dah bayar ke belum? Kan selalu Mimi yang bayar. Takkan semua abang nak support.'

'Mimi nak balik kampung? Buat apa? Tahun lepas baru je balik. Selalu raya kan balik rumah mak abang. Kenapa tak nak ikut cakap abang?'

'Beli apa tu? Kain batik? Mak abang punya mana? Apa punya menantu la Mimi ni. Setakat keluar duit sendiri beli untuk mak mertua apa salahnya. Bukan selalu. Lain kali kalau mahu beli hadiah beli untuk dua-dua."

'Mimi tak nak ikut cakap abang kenapa? Nak masuk neraka ke?'









Saturday, November 13, 2010

berbeza tetapi sama?

Ini sekadar pemerhatian peribadi. Ya, makin tua, saya makin reflektif. Entah apa baik atau buruknya berbuat demikian jawapannya tiada sekarang. Saya masih menunggu.

Pergaulan mempengaruhi banyak hal. Makin lama kita bersama dalam sesuatu kumpulan masyarakat, makin banyak norma, kebiasaan yang kita serap melaluinya. Baik mungkin, buruk mungkin.

Most of the time, kita bimbangkan yang buruk-buruk. Telah saya perhatikan, setelah masa berlalu, yang tidak kita suka itu akhirnya menjadi kebiasaan. Jika dulu kita memperkatakannya dalam nada yang menyanggah, sekarang kita sendiri dalam diam-diam mengiyakan dan melakukannya.

Saya jengkel. Ya, barangkali saya tidak duduk dalam dunia Utopia. Kita tidak hidup dalam dunia angan-angan. Tetapi yang ideal itu perlu ada supaya realiti tidak kucar kacir. Apa yang hitam tetaplah hitam. Pendapat mungkin berbeza tetapi kenyataan tidak.

Saya cuba mengingatkan diri begitu. Kemudian saya menyedari :Istiqomah itulah yang tidak mudah. Istiqomah itulah ukurannya.

Anda istiqomah pada kebenaran?

Jawab dalam hati sahaja supaya jawapannya benar-benar ikhlas.

Thursday, November 11, 2010

standard kerja

Standard kerja yang cemerlang dalam Islam intipatinya ikhlas. Dan dorongan intrinsik seperti itu sebenarnya bukan mudah untuk dicapai.

Bekerja dengan ikhlas itu bukan satu cerita dongeng. Ramai yang melakukan.

Err.. adakah saya termasuk dalam golongan ini?

Wednesday, November 3, 2010

Damn right!

If there is one lesson which history has taught us, it is the fundamental importance of will power, as much for nations as for individuals, and in every circumstance of life, great or small. Greek civilization ended in failure, not because of the lack of intelligence, but because of the lack of character, of morality!” - George Sarton, petikan buku Introduction to the History of Science.

Nothing is sweeter than the truth. And nothing is more bitter than it.

Credit to Saifulislam.com

Hidup beragama

Semakin jauh perjalanan semakin kita mengerti bahawa untuk menjadi baik itu susah. Untuk menang syurga itu sukar. Kalau tidak dengan istiqomah. Kalau tidak dengan iman. Kalau tidak dengan sabar. Di masa remaja, kita hanya mengetahui hal ini diungkap dari mulut yang lebih tua, buku-buku dan paling ringkas dalam mutiara kata di majalah.

Pengalaman hidup kemudian mengajar, sekaligus mengingatkan kita kembali kepada apa yang pernah kita dengar dan pelajari. Hidup ini satu medan perang yang rumit kalaupun tidak panjang. Memerhati untuk merasai, untuk memahami dan untuk mempelajari sebenarnya bukan proses yang mudah. Kita melakukan kesilapan demi kesilapan, dan hampir semua kesilapan itu adalah sama.

Itulah lalai.

Teringat saya, susah senang itu ujian. Apa sahaja yang dihadapi kita dulu, kini dan akan datang adalah semua bentuk ujian yang diberi oleh Allah kepada kita. Didatangkan kepada kita masalah hasad, sombong, mengadu domba dan segala rencam perkara ke ribaan kita yang selalu membuat mulut menyebut dan bertanya : kenapa?

Jawapannya sudah ada. Solusinya juga sudah ada. Gambaran manusia itu selalunya jelik. Tetapi manusia juga makhluk istimewa yang boleh menjadi lebih baik daripada malaikat. Allah meletakkan pilihan kepada manusia.

Saya berkata selalu kepada diri, pilihlah yang betul dan istiqomah. pengalaman saya bahagian kedua itu memang sukar!