Friday, August 20, 2010

Langit

Ramai orang menderita kerana mereka mahu menjadi selain daripada diri mereka. Derita emosi, derita batin. Saya melihat ini semua dalam banyak mata, dekat dan jauh. Perlukah kita menongkat langit dengan pura-pura dan mencaci bayang diri sendiri bila memandang ke bawah?

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan

Ramadhan kali ini berbeza. Jika tahun lepas saya melepet macam kain buruk, tahun ini alhamdulillah tidak walaupun sibuk pula dengan anak. Hujung minggu saya seperti biasa, berkurung di dalam rumah. Memang saya bukan kaki lepak di luar sejak dari dulu lagi, kegembiraan saya cuma berada di dalam rumah. Berbaloilah saya membayar sewanya bulan-bulan :)

Encik Adzhar menelefon setiap hari, maklum sekarang kami sudah berjauhan. Apa nak dikata, rezeki kami nun jauh di sana. Bukan tidak mencuba yang dekat, rezeki daripada Allah siapalah dapat menjangka. Jadi kini saya cuma dengan Imtiyaz. Berguling, memasak, mengemas dengan anak seorang.

Saya mahu mencatat sebanyaknya, tapi bila menaip hampir semua cerita hilang. Ramadhan ini benar-benar bulan berkat. Saya berharap Ramadhan ini dapat melatih saya untuk menjadi ibu yang lebih kuat, tabah dan sabar dalam melayari pengalaman hidup yang baru.

Salam untuk semua.